Jika di Malaysia kita ada Bujibu dan Oh My Jep yang sangat popular di Facebook dan Instagram. Keletah dua ekor ini sangat mencuit hati, apa lagi pabila Bujibu berganding dengan Yusof Iskandar, mereka selebriti sosial media yang sangat sepadan.
Namun di negara Jiran, Thailand – anda bukan sahaja boleh menyaksikan ragam seekor kucing yang di namakan Bone Bone di Instagram, malahan jika bertuah anda boleh melihat dia berjalan, memanjat pokok, beraksi bak selebriti dan juga boleh memeluk dia!
Mempunyai 204k pengikut di Instagram, Bone Bone nampaknya sukakan cabaran seperti memanjat pokok!
Biarpun gebu, nampaknya Bone Bone lari dari istilah ‘malas’ yang selalu dilabelkan pemalas kepada kucing seertinya.
Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan oleh netizen seperti “adakah dia gebu atau sekadar bulunya yang kembang?” atau “perapi apakah yang digunakannya untuk mendapatkan bulu kembang?” dan “adakah dia betul-betul gembira?”
Bone Bone kucing besar berusia 5 tahun, kacukan Parsi dan Breed, berbulu kembang yang sentiasa memakai beg sandang kuning mendapat liputan portal-portal utama di seluruh dunia dek keletahnya.
Aksinya yang pelik kerana tidak takutkan orang ramai, berjalan di taman bak dia sahaja berada di situ membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.
Namun ada juga netizen yang memberi komen risau dengan keadaan Bone Bone yang dibawa ke khalayak ramai serta dikerumuni mungkin membuatkan dia tidak selesa.
Namun, apa jua perbezaan pendapat, Bone Bone yang menyukai udang rebus serta beratnya kini 9.2kg membuktikan dia bukan sekadar kucing biasa. Aksinya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat kucing seantero dunia.
Jika ke Thailand bolehlah anda bersua dengan Bone Bone. Jadi, apa pendapat anda? - CARI
comel bonebone ni gerenti maintenance tinggi
rindunya nak bela kucing..tapi sedih bila dia mati..
kucing bela 5 tahun tiba2 sakit check doc rupanya FIV dan doc cakap dah tak lama..
sedih sgt masa tu..rasa macam hilang family
now dah setahun dah dia pergi..