Daging goreng kunyit untuk makan tengah hari? Bunyinya sangat lazat, ringkas cuma gaulkan kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Ada yang tambah lada merah, bawang dan kicap sebagai penyedap tapi masak begitu pun dah sedap.
Namun, jika anda mahukan stail yang lebih berempah, apa kata cuba resepi daging goreng ala Thai, yang lebih banyak rencah - pastinya lebih ‘rasa’ pada setiap gigitan.
Sedia untuk menyinsing lengan di dapur? Maklumlah resepi ini memerlukan lebih usaha dengan menumbuk, menyangai dan ada bahan-bahan khas dari negara jiran. Jom semak.
RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
- Garam secukup rasa
- Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
- Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
- 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
- 2 sb air limau nipis
- 3 sb air asam jawa
- Kicap sotong / sos ikan
- 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
- Daun ketumbar dan daun bawang
Cara membuatnya
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu. - CARI
Kredit : Yuyu Mt Isa & Pen hitam |