Setiap orang pasti mempunyai rekaan selipar kegemaran, malah hari ini banyak rekaan selipar pelik-pelik dikeluarkan syarikat pengeluar.
Yang peliknya, ada juga yang berminat mendapatkan selipar dengan rekaan pelik ini seperti dipetik dari JuadahViral.com. Jom tengok sama ada anda juga tergolong dalam kalangan mereka bercita rasa pelik.
1) Selipar ke karpet ni?
Foto: Creativive.blogspot.com
Buat penggemar karpet yang lembut untuk dipijak di mana sahaja, anda sangatlah sesuai dalam menggayakan selipar jenis ini. Bukan sahaja lembut di kaki, malah anda juga akan merasakan sendiri pengalaman berjalan di atas karpet walau di mana jua.
2) Selipar ikan
Foto: Fanpage.gr/life/style/ig
Eh! Pasti kucing anda juga akan terpedaya apabila melihat selipar ini. Walaupun rupanya pelik dan melucukan, ia juga mempunyai manfaat lain seperti bagus untuk mereka yang mengalami masalah kaki bengkak.
3) Selipar menyeksakan!
Foto: Lucumbar.blogspot.com
Ada penggemar durian yang tergoda dengan rekaan unik selipar ini? Tapi, risau juga ya untuk memijak di atas selipar ini apabila dalam keadaan terburu-buru. Salah gaya, boleh luka kaki anda dibuatnya.
4) Selipar papan kekunci
Foto: Karithaiveedhu.blogspot.com
Eh, papan kekunci pun boleh dijadikan sebagai rekaan selipar? Pasti anda tidak pernah terfikir, kan?
5) Selipar rumput
Foto: Tranungkite.net
Haaa! Ada dikalangan anda pasti suka kerana berasa selesa saat berjalan di atas rumput? Nah, selipar ini sangat sesuai buat anda yang selalu ingin berjalan di atas padang rumput seperti "berkaki ayam".
6) Selipar seluar
Foto: Imgur.com
Macam ini pun ada ya! Ha, buat anda yang mempunyai lebihan seluar jeans yang tidak digunakan lagi, bolehlah mencuba untuk membuat selipar ini.
7) Selipar burger
Foto: Tranungkite.net
Aduh! Sayang sekali ya untuk memijak selipar ini. Dengan rekaan seperti burger yang lazat ini pasti membuatkan ramai orang terliur dengannya. Jangan sampai anda tergigit burger tiruan ini pula, sudahlah ya.
Selipar mana menjadi pilihan anda? Mesti ramai memilih rekaan pertama kan? - CARI |