View: 1482|Reply: 3
|
Dihalau Dari Pesawat Kerana Senggugut
[Copy link]
|
|
Sepasang kekasih meluahkan kekesalan mereka selepas diminta keluar dari penerbangan Emirates kerana mengalami senggugut.
Memetik The Sun, dalam masa beberapa minit sebelum penerbangan ke Dubai itu berlepas, Beth Evans, 24, dan Joshua Moran, 26, diarah keluar dari pesawat.
Menurut pasangan itu, pramugari terdengar Beth mengadu mengalami sakit perut kerana senggugut.
Walaupun Beth menyatakan tahap kesakitannya hanya satu daripada 10 dan mampu meneruskan perjalanan, kakitangan memutuskan Beth tidak boleh menaiki pesawat itu tanpa pemeriksaan doktor.
Pasangan itu terpaksa membelanjakan 500 British Pound (lebih kurang RM2,700) untuk menempah semula tiket penerbangan lain.
Menurut Joshua, alasan mereka dihalau dari pesawat kerana senggugut adalah mengarut.
"Beth menangis ketika kakitangan pesawat menyoalnya.
"Memang memalukan apabila semua orang boleh mendengar penjelasannya yang mengalami senggugut," katanya.
Foto: The Sun
Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, penumpang terbabit memaklumkan kru bahawa dia sakit dan tidak selesa selain berasa tidak sihat.
"Kapten terpaksa membuat keputusan untuk meminta bantuan perubatan dan pasangan itu diminta meninggalkan pesawat supaya Beth dapat diberikan bantuan perubatan.
"Kami tidak mahu membahayakan kesihatan Beth dengan menangguhkan bantuan perubatan ketika penerbangan," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dilepaskan terbang nnt kena blame pulak kalau jd pe2 |
|
|
|
|
|
|
|
beul la tu...kang kalau sakit tu serius tak pasal2 kena emergency landing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali klu setakat sakit gitu2 jer x payah ler nk ngadu or rengek2 sakit.. X pasal2 kena offload |
|
|
|
|
|
|
| |
|