Pernah tak terfikir mahu membeli makanan tanpa mengeluarkan duit? Bukan bermaksud mendapatkan makanan percuma, cuma kita guna bayaran alternatif seperti melakukan sesuatu sebagai bayaran.
Kalau anda masih belum tahu, kafe 'fitness' pertama di dunia telah membuka 'pop up cafe' di Covent Garden, London. Menurut METRO, di sini senaman diterima sebagai pembayaran.
Maknanya, mereka 'menerima' peluh sebagai 'duit'. Ia dibuka oleh syarikat David Lloyd Clubs yang memiliki rangkaian kelab penjagaan kesihatan di seluruh UK dan Eropah.
Tercatat masa senaman di bil makanan. Unik betul!
Idea ini tercetus kerana pekerja di pejabat kebiasaannya menghabiskan 90 peratus masa dengan hanya duduk menghadap skrin komputer di meja. Kerana sibuk, mereka hanya bergerak ke bilik air atau ke kedai berdekatan untuk makan tengah hari. Malah, ada juga yang memesan makanan untuk dihantar terus ke meja. Jadi, elok juga habiskan sebahagian waktu makan tengah hari dengan membuat senaman.
'Sihat' dapat, makanan pun dapat!
Kafe yang beroperasi selama 3 hari selama 3 jam saja
Untuk mendapatkan burger daging siat, pelanggan perlu membuat dua minit senaman mendayung, satu minit plank, tiga minit berputar, satu minit crunching, satu minit mencangkung dan disudahi dengan dua minit mendayung. Masa rehat 30 saat diberi di antara setiap set senaman.
Bersenam dikatakan dapat kurangkan stres kerja
Antara makanan yang disediakan di situ
Pendek kata, anda boleh tukar kalori dengan makanan. Untuk melayakkan anda mendapat makanan, kenalah buat senaman sekurang-kurangnya selama enam minit. Kalau nak makanan lebih, kena bersenam lebih lama. Mudah saja konsepnya.
Ada tortilla gulung, burger dan salad yang tentunya menyihatkan!
Konsep menarik untuk kekal lebih sihat
Foto: cvr-smartrestaurants
Tak perlu bawa duit ke pejabat. Buat senaman, dapat makanan. Bila agaknya ada kafe begini di negara kita? - CARI
|