Apalah rasanya air yang mempunyai rasa milo, keju dan durian? Boleh diterima dek tekak kita ke?
Ha! Jangan pelik jika anda boleh dapatkan air minuman milo berperisa durian, dan keju.
Memetik dari Malaymail Online, restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai kerana makanan dan minuman yang di sajikan semuanya berasaskan keju.
Kopi Keju Durian (Sumber: Malaymail Online)
Minuman seperti Milo, kopi, teh dan lain-lain dicampur dengan keju menjadi keunikan dan daya tarikan di restoran ini. Pemilik restorant, Saudara shafizzam Moideen, 32 berkata, setiap minuman yang berasaskan keju dan durian ini telah beliau lakukan eksperimen bagi mendapatkan rasa yang sesuai dan memenuhi citarasa pelanggan.
Milo Keju Durian (Sumber: Malaymail Online)
Ternyata keju jenis parmesan dan cheddar serta durian kampung menjadi pilihan bagi memastikan minuman yang bercampur dengan durian dan keju ini akan mempunyai rasa yang enak dan lazat. Dipercayai, tambahan durian dan juga keju didalam air milo terutamanya menjadikan air milo itu bertambah lemak dan sedap.
Harga-harga air minuman berkeju dan durian antaranya ialah Milo keju durian berharga RM25, teh keju durian RM25, kopi keju durian RM25 dan mangga keju durian RM29.
Selain minuman yang unik, terdapat juga menu-menu lain termasuklah Cop ayam Captain America, Stik Tulang Rusuk Uncle Tiger dan terbaru "meatza', piza pertama tanpa doh.
Menu lain (Sumber: Malaymail Online)
Waktu beroperasi restoran ini ialah 12 tengah hari hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Jumaat. Pada Sabtu dan Ahad, ia bermula awal sedikit, 11 pagi hingga 10.30 malam.
Alamatnya: Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan. Anda boleh meletak kenderaan di ruang parkir di G-Village.
Lokasi restoran hanya 600 meter dari Kedutaan Bangladesh dan bersebelahan kedai pakaian Pret A Porter.
Lebih mudah, cari Cheese Banjir di peta Google dan Waze di telefon anda.- CARI |