|
|
Kalau dah tak menahan tu, di mana-mana pun boleh dijadikan tempat 'membuang hajat'. Terpaksa ketepikan rasa malu. Biasanya kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan jauh dan tiada tempat berhenti.
Pun begitu, ada juga segelintir masyarakat yang tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh ini di khalayak ramai dengan sengaja.
Dan siapa sangka, perkara ini juga berlaku di Mesir!
Sehubungan itu, kerajaan Mesir mengambil langkah memasang papan tanda amaran serta kamera litar tertutup (CCTV) di lorong-lorong dan jalan raya yang sibuk bagi mencegah perbuatan tidak senonoh ini.
Gabenor Kaherah, Ibrahim Saber dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah hasil kerjasama antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis serta penggubal undang-undang sebagai langkah menghapuskan tindakan tidak bermoral berkenaan.
Sesiapa sahaja yang didapati membuang air kecil merata-rata akan berdepan tindakan undang-undang, katanya kepada media tempatan Youm 7.
Membuang air kecil di kawasan awam dianggap perbuatan lucah dan boleh dijatuhkan hukuman hingga enam bulan penjara serta denda.
Bagaimanapun, tak semua orang bersetuju dengan kenyataan itu.
"Mereka akan tularkan rakaman anda sedang membuang air kecil di Youtube."
"Anda rasa, ini akan membuat orang ramai daripada berhenti membuang air kecil di khalayak ramai?"
"Saya akan setuju jika kalian sediakan tandas awam."
 Foto: Twitter
"Bila kita nak berhenti beri hukuman tanpa menawarkan pilihan dan penyelesaian?
"Kita haramkan orang menjaja di kaki lima sedangkan tiada ruang disediakan untuk orang berniaga. Kita haramkan orang dari membuang air kecil di tempat awam tanpa menyediakan tandas!"
Alamak, kalau kencing di kawasan bersemak atau tersembunyi sebab tak tahan sangat, tak mengapalah. Ini sampai di kaki lima atau di kawasan awam pun boleh buang hajat, apa kes? - CARI |
|