View: 1956|Reply: 10
|
Pelayan Restoran Hentak Pinggan, Pelanggan Mabuk Naik Angin
[Copy link]
|
|
Layanan yang kurang memuaskan hati oleh pelayan restoran menjadi punca pergaduhan di Taman Sentosa, Johor Bahru.
Berita Harian melaporkan, pergaduhan timbul semasa pelayan restoran menyajikan makanan, dipercayai pinggan dihentak di atas meja pelanggan.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata,
“Timbul salah faham ketika itu apabila pelayan restoran dikatakan meletakkan makanan secara kasar.
“Kejadian juga berlaku ketika pelanggan restoran dalam keadaan mabuk.
Berikutan kejadian yang berlaku pada 4.42 pagi itu, polis telah menahan seorang lelaki yang berusia 30 tahun.
“Suspek ditahan reman tiga hari sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."
Video rakaman pergaduhan tersebut tular di media sosial, menyaksikan lelaki berkenaan membaling peralatan ketika bergaduh. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Payah betul klu dah mabuk ni menyusahkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ko tu yg mabuk.. mata pun dah tak betul. Nak salahkan org pulak. Bodoh ni.. belum lg puak ni drive time mabuk. Mati cepat pls. |
|
|
|
|
|
|
|
@spiderman80 lihat laa hasil nya bila mabuk. nak hentak lawan tu dgn kerusi pun tersasar. rugi je. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana boleh hentak pinggan lah.. tak kira siapa pun customer ko. Anyway ada satu resto d alam mesra..senario cafe. Waiter ada sorang lelaki ni pendek pendek orangnya tapi ego melangit. masalahnya ego tinggi tapi kerja waiter... ada dua kes dengan waiter ni. Satu just tanya baik baik ya pasal makanan yg I order coz dah tunggu hampir sejam boleh dia jeling jawab sabarlah dengan nada perli dia tu & beberapa bulan lpas tu waiter ni juga yg served.. thumb dia masuk separuh dalam kuah makanan atas pinggan yg dia bawa tu. Selamba aja letak atas meja. mcm tak sedar jari masuk dlm kuah makanan orang. Last time lah p situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah je deal dgn waitress yg kurang ajar. kita tanya soalan baik2 tapi cara menjawab sgtla biadap. mmg xkn mkn lg la kat kedai tu. byk lg kedai makan lain boleh masuk... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau deal dgn customer mabuk pun 2x5 juga |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu Zorrro. Ada sesetengah orang kalau dah mabuk sangat berbahaya. Lebih-lebih lagi jenis yang suka minum arak murah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mabuk, drive mmg celaka lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|