CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4809|Reply: 51

[Tempatan] Cik Bi menyondol dalam mesjid, seorang jemaah cedera

[Copy link]
Post time 7-3-2018 09:29 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG jemaah Masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh cedera akibat disondol babi hutan yang ‘menceroboh’ ke dalam masjid ketika jemaah mahu menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam, babi jantan berkenaan dikatakan tiba-tiba muncul di perkarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, haiwan itu kemudian ‘lari’ masuk ke dalam bahagian solat masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Menurut seorang jemaah yang enggan dikenali, jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit.

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke perkarangan masjid.

“Namun, haiwan yang dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah. Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” katanya.


BABI hutan yang ditembak mati di pekarangan masjid. FOTO Ihsan Pembaca

Katanya, jemaah masjid turut memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

“Jemaah masjid juga menghubungi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah itu.

“Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan,” katanya.

Difahamkan, jemaah menunaikan solat Isyak seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Mac 2018 @ 2:01 AM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 09:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 09:35 AM | Show all posts
nak sedih ke nak gelak ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 09:39 AM | Show all posts
ingatkan cik b anak dato vida
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 09:46 AM | Show all posts
babi pon dah pandai pegi masjid
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 09:49 AM | Show all posts

tanda2 nak suruh kita penuhi masjid. barulah binatang tak masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 10:05 AM | Show all posts
aiyo sisthur..kupikirkan cik b doter dsv la tadi..tajukmu itu..  rupaanya cik b lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pula babi tu kena tembak..but then dia dah kejar budak2 pastu sondol jemaah lagi. Babi tu tak faham konsep masuk kandang kambing mengembekk mungkin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 10:08 AM | Show all posts
blh geng nyondol ngn jering
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:11 AM | Show all posts
mujurlah ada org kg yg memiliki senapang.
kalau kita memiliki senapang patah, kita kena dapatkan lesen kan?

babi hutan tu kira binatang najis ke?  tempat yang dijejak oleh babi hutan tu, camana kita nak bersihkan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:12 AM | Show all posts
macam kesian pulak kene tembak... dah nama pun babi... ikut die je nak menyondol tak kena tempat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:16 AM | Show all posts
haram jadah namanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:28 AM | Show all posts
kesian dia.. dah semua hutan kena teroka..
mana lagi binatang-binatang tu nak pergi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:31 AM | Show all posts
Dah tempat tinggalnya habis diteroka mana tak tersesat masuk kat penempatan manusia untuk cari makanan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:52 AM | Show all posts
Sekali fikir, kesian babi tu. tapi kalau x ditembak, silap2 lagi ramai yang kena sondol...  mula2 aku ingat ni citer palsu, rupanya kisah benar
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pn igt anak dsv td
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 7-3-2018 09:31 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/318993/babi-hutan-menyondol-dalam-masjid

Abam polis ke tu? Nmpak nsem wlupn dalam samar2... kahkahkah #modemembirah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Binatang utan ni jarang masuk kwsn manusia..if masuk...maknanya kwsn dia telah musnah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:32 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 7-3-2018 10:11 AM
mujurlah ada org kg yg memiliki senapang.
kalau kita memiliki senapang patah, kita kena dapatkan le ...

kena siat kulit dan buat dialisis sis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:34 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-3-2018 10:28 AM
kesian dia.. dah semua hutan kena teroka..
mana lagi binatang-binatang tu nak pergi..

macam area rumah akak lah.
sejak sebulan dua ini jah start ada monyet berkeliaran sekitar perumahan.
sebelum ini tak ada pun.
nampak benar habitat mereka makin mengecil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067095 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list