CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3648|Reply: 11

"Cari Parking Pun Boleh Baca Doa Makan, Korang Jahil Kalau Gelak!" - N

[Copy link]
Post time 9-3-2018 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Setiap pergerakan kita dalam hidup ini dimulakan dan diakhiri dengan bismillah serta doa. Jadi, hayatilah dengan khusyuk doa yang dibaca dan fahami maksudnya supaya kita ikhlas tunduk menadah tangan meminta pada-Nya.

Susah nak ingat doa? Paling tidak pun pasti doa makan dihafal setiap muslimin dan muslimat.



Foto: Ken Hunts Food




Namun, pernah tak anda melihat orang lain membaca doa makan selain dari waktu makan? Bagi yang tak tahu, pasti tergelak kerana menyangka dia tersalah membaca doa.

Jangan begitu, kalau kita tahu maksud doa makan itu sendiri, pasti kita juga akan mengamalkannya dalam apa jua keadaan.

Perkongsian Alhusna Asma di Twitter menarik perhatian ramai yang baru 'celik' matanya berhubung isu ini.





Kita yang jahil!







Menurutnya, doa makan bukan sekadar dibaca ketika berdepan makanan, sebaliknya ia juga boleh dibaca dalam solat.





Doa ni tak sebut pun soal makan





Seorang pengguna tampil menjelaskan bagaimana masih ramai yang keliru dengan doa makan yang sebenar.





Doa makan yang betul adalah...





Dalam masa sama, ramai juga pengguna mendakwa mereka sering mengamalkan 'doa makan' ketika mencari tempat letak kereta mahupun ketika belajar.


"Member aku nak cari parking, baca doa makan. Cubalah, Insya Allah murah rezeki walaupun ruang penuh.

"Sejak amalkan doa makan ketika nak menjawab peperiksaan, Alhamdulillah keputusan 100 peratus!"
komen netizen.










Ramai yang berterima kasih di atas perkongsian ilmu daripada Alhusna Asma itu.


Jom sebarkan ilmu!

Foto: Twitter




Sekarang mana yang tak tahu tu dah tahu, kan? Jadi, lepas ni jangan gelakkan orang lain yang membaca doa makan ketika mencari parkir. Malah, anda sendiri pun boleh mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya memang berkesan.Actually bagi saya parking pun satu rezeki tau terutama di hari puncak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dok amalkan ini sejak dr tahun lepas..mmg alamdulillah setakat ni mmg murah sgt2 rezeki dpt parking..kwn uatazah yg ajar
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:44 PM | Show all posts
alhamdulillah..
tengah rehatkan minda (read: mengular), aku dapat ilmu berguna
so sambung kerja balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 04:28 PM | Show all posts
makan jek tau..patut la obes
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nadna: Ya memang berkesan.Actually bagi saya parking pun satu rezeki tau terutama di hari puncak

satu lagi doa hilang barang betul2 berkesan sis. i pernah kena{:cryrun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols mmg dah lama amalkan doa mkn ni masa cari parking. So far kebanyakannya berkesan gitchew
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 06:20 PM | Show all posts
normal jek cari parking baca doa makan
sapa yang gelak tu kesian
ramai yang anggap rezeki tu dalam bentuk makan minum duit saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saper yg patutnyer kena gelak nih
Itu doa rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Paz pun amalkan doa makan cari parking. Takde sapa bagitahu, Cuma masa tu paz hanya berfikir logik aja. Sekarang dah tahu, akan amalkan dalam apa jua situasi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki masuk thread ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.051348 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list