Seorang wanita dari Amerika Syarikat bertindak menyaman sebuah restoran kerana mendakwa dia cedera akibat terkena 'libasan' payudara seorang mak nyah ketika sedang menikmati hidangan makan malam.
Fox 4 Now melaporkan, Neldin Molina makan di Hamburger Mary's du Tampa untuk menyambut hari kelahiran rakannya.
Ketika sedang bergembira, ada seorang ratu mak nyah dikenali sebagai Amanda D'Hod yang membuat persembahan di situ datang ke arah mejanya.
Foto: orlandosentinel.com
Walaupun Molina tidak mengendahkannya, Amanda 'menyambar' kepalanya dan 'mengoyang-goyangkan' payudaranya ke wajah Molina.
Disifatkan sebagai satu kesakitan yang mengazabkan, Molina segera membuat aduan kepada pengurus restoran.
Dia juga telah pergi ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan sakit kepala.
Saman sebanyak AS$1.5 juta (RM5.86 juta) telah dikemukakan untuk membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang, termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya. -CARI |