View: 10750|Reply: 59
|
Aku Rimas La Peniaga-Peniaga Kelantan Ni. Belajar La Cakap KL..
[Copy link]
|
|
Gambar sekadar hiasan
Negara kita ini boleh dikatakan agak unik kerana mempunyai pelbagai bahasa dan setiap bahasa itu pula ada dialek-dialeknya. Antara dialek-dialek bahasa Melayu di Malaysia adalah seperti dialek Utara,dialek Kelantan, dialek Terangganu, dialek Perak dan bermacam-macam lagi.
Dialek-dialek tempatan di semenanjung Malaysia ini sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Yang uniknya, walaupun berlainan dialek, rakyat negara kita masih saling bersefahaman antara satu sama lain.
Ibarat pepatah, masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau mengaum. Begitu juga apabila kita masuk ke tempat orang yang mana kita perlu menyesuaikan diri dengan cara dan bahasa orang di situ. Seorang pengguna twitter bernama Areej telah menaikkan status kerana tidak berpuas hati dengan sikap pelayan restoran yang menggunakan dialek Kelantan ketika mengambil pesanannya.
Dia berasa rimas apabila berhadapan dengan orang yang tidak dapat menyesuaikan bahasa di tempat mereka berada atau lebih mudah, menggunakan sahaja dialek Kuala Lumpur yang semua orang faham.
Ramai netizen yang mengecam wanita tersebut kerana diangap tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat sekeliling. Jika tidak faham, boleh saja bertanya dan jangan menganggap ia satu isu yang perlu diperbesarkan.
Tetapi, ramai juga netizen yang menyokong apa yang ditulis oleh wanita itu di twitternya. Jika sudah berada di negeri orang, kenalah belajar dan biasakan dengan dialek orang disitu agar tidak timbul salah faham.
Ramai juga netizen yang komen, restoran yang wanita ini pergi mungkin restoran siam yang pemilik dan pekerjanya berasal dari Thailand. Sebab itulah mereka susah hendak bercakap dalam bahasa Melayu dialek KL dan bahasa yang mereka gunakan ala-ala dialek Kelantan.
Apa-apa pun, ia bukanlah satu masalah yang serius dan perlu diperbesarkan. Asalkan dua pihak saling memahami dan boleh bertolak ansur dalam apa jua hal. Jika mereka dapat menghormati bahasa dan dialek masing-masing, itu lebih baik. Apa pendapat kalian? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha
Aku ckp je bahasa biasa
Kalau xpaham aku soh dia ulang
|
|
|
|
|
|
|
|
ko tu yg patut belajar semua loghat semenanjung ni, tak rugipun belajar...aku bukan nk sombong la tapi takat loghat2 dlm Malaysia ni boleh je aku layan....nk kata terer sgt tak la tapi tau basic2 pun dah cukup...kecek klate ko kecek ganu ko buleh blako..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu elok guna bahasa kebangsaan je sama2 win |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni suka cakap kuat2. Kadang2 bingit gak telinga. |
|
|
|
|
|
|
|
betol lah.dari utara hingga selatan,peniaga peniaga nih cakap bahsa kelantan.adoi memang rosak bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
lah.....takkan la sikit pun tak faham...takat nak odar makanan je kut, bukan kena tulis repot bagai...
aku rasa pengadu ni mmg tak suka kelate.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangangnya la dok merempan dgn loghat negeri2 ni. macam la korang tu urban sangat lahir kt Keyell ni. entah2 lahir kat sg golok tu ha. loghat tu salah satu benda yg unik mewakili budaya/rakyat negeri2 .
lain kali masak sendiri kat rumah tu. tak payah nak tapau/makan luar. tak pon pegi makan kat restoran/hotel. tak payah pegi kedai street food mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
ko jangan pembongak la nenek hantu
|
|
|
|
|
|
|
|
kan sistur. pernah dikecewakan terus merempan. aku pegi pantai timur, ok je hidup je kat sana. takda pulak kebulur tak makan sebab tak paham bahasa org sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
over nya minah ni. bajet kl sgt |
|
|
|
|
|
|
|
aku malas nak komen dalam dialek kelate sini
ada yg butthurt ngadu kat momod nanti
bleergghhh!
be proud la we u come from
kawan org pahang kwn cakak pahang
chuollss org kl so go on la cakap la kl
jadi macam ayam cakap dengan itik lantak pi la
janji masing2 paham
benda kecik macam ni pun nak jadi isu benci sana sini bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
dik upgrade RAM otak dik, sekerdil kerdil sis vokuru bahasa afrika utara pun dia faham ini kan bahasa kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa aku gi kelate nak beli air kat roadside stall....aku tanya berapa dia ckp samah....aku dah bagi 50 sen pastu pi tambah lg 50 sen
pastu laki aku gelak....peniaga tu pun gelak kaw kaw
sbb aku ingat samah tu singgit....
|
|
|
|
|
|
|
|
cakap je bahasa kebangsaan, memudahkan semua pihak.
dulu aku pun tak faham bahasa kelantan sampai lah masuk Uni n start bergaul dengan orang dari pelbagai negeri. biasa la mula-mula, tak faham kan..
tapi yang aku notice, kalau kebanyakkan kedai tomyam semua ni, diorang hire pekerja dari selatan thailand.. n most of them memang hanya tahu berbahasa kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
gigih bagitau belajar kat yorkshire bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
tino ni nok kedarah menatang apa yang sampai tak pahe kak tu cakap gapo
paling paling orang kedai akan tanya nok make gapo
bukan dia tanya benda susoh
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ke benda ni? aku syok je dgr org lain cakap loghat negeri masing2 wpun jenuh nak paham.. kekadang mmg direct je tanya kat member, amenda ko cakap tadi??? lps kena gelak dgn member, br diorg nak terang balik.. tp dapat belajar benda baru gak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nape duk butthurt dgn dialek Kelantan ni? Comel je. Raikan jelah perbezaan. Bkn dia tgh berurusan rasmi pun. Kaka doakan pompuan ni kawin 4 kali, 4-4 laki dia org Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah jumpa org kelantan ckp bahasa mereka kt KL ni ms order mknn ke apa, dorg sume try nk ckp KL tp still tbelit gak dgn dialek dorg. Hakak hokey jah..chillex la best what bljr benda br
Perlu ke mention bljr kt Yorkshire tu? Bdk2 zmn la ni..adab kt mana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|