Edited by gekkou at 16-3-2018 08:11 AM
Uji Rashid Diarahkan Keluar Rumah, Gagal Bayar Sewa
PETALING JAYA: Primadona Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dekat sini dipercayai gagal membayar sewa. Berita sedih itu dikongsi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar apabila penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico, 39, dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Noh berkata, disebabkan permohonan artis itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas untuk Uji dan keluarga mendiami rumah berkenaan.
“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi. “Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan. “Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. “Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya seperti dikongsi dalam Facebook miliknya pada Rabu. Uji atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun Al Rashid yang popular pada era 1980-an difahamkan telah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan namun semuanya tidak berjaya. Selain kementerian berkenaan, sumber memberitahu mStar Online pelakon itu juga pernah memohon sumbangan daripada Kementeriam Kewangan namun ia turut gagal. Uji yang merupakan ibu tunggal bergantung sepenuhnya perbelanjaan kepada kerjaya nyanyian.
Berita cedok mstar
|