View: 5325|Reply: 5
|
Pernah Makan Anak Ikan Haruan Goreng? Resipi Ringkas Tapi Rare Orang Dulu..
[Copy link]
|
|
‘Seperti haruan makan anak’
Peribahasa yang berbisa namun kali ini bukan itu yang mahu diutarakan. Ia lebih kepada anak haruan yang menjadi menu sangat sedap bagi sesiapa yang pernah membesar di kampong.
Budak-budak yang membesar di bendang atau sawah padi pasti mengingati nostalgia menangguk di air keruh lalu mendapat anak ikan haruan.
Ia yang berlaku kepada netizen Norahalina Lina yang berkongsi pelbagai resipi ringkas anak haruan.
Bak katanya “Teringat dulu masa kecil-kecil, mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menanguk anak ikan haruan ni.
Basuh bersih-bersih, letak garam dan kunyit, kemudian goreng dan makan dengan nasi panas-panas, sedap.”
Rasanya?
Tidak seperti ikan bilis, ada yang berkata rasanya anak ikan haruan lagi sedap bak kata sesetengah netizen.
Setelah perkongsian itu, ramai juga netizen yang turut berkongsi resipi lain ketika zaman dahulu.
Antaranya ialah goreng letak cili api dan bawang, buat pais, bungkus dalam daun pisang dan bakar, gaul garam dan kunyit serta balut dalam daun kunyit, tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia, dibuat cekodok dan padankan dengan kopi, masukkan serbuk kari baru digoreng dan lain-lain resipi.
Foto: http://zulfadreamland.blogspot.my
Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi kegunaan lain anak ikan haruan iaitu peram dengan asam keping dan garam untuk dijadikan umpan memancing ikan puyu di bendang.
Ah! Seronoknya mengenang kisah masa kecil kan? Anda yang tersenyum membaca artikel ini antara yang bertuah kerana generasi sekarang belum tentu mengenali ikan darat seperti haruan dan puyu ini. - CARI
Kredit : Norahalina Lina menerusi MAHN
|
|
|
|
|
|
|
|
geli kaka nak makan ikan parit sbb terbayang parit $*%&%@Q($#Q)_#Q%*Q#) ( bukan tampar polisi ye) |
|
|
|
|
|
|
|
Errr tak reti nk mkn ikan haruan |
|
|
|
|
|
|
|
Geli ler tgk yg kecik2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
haruan makan anak...kita pun makan anak haruan...hish..tak sanggup lagi lah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|