View: 3242|Reply: 6
|
Tip Anda Boleh Cuba Untuk Hindar 'Jet Lag' Persis Pramugari
[Copy link]
|
|
Penat, mengantuk, dan keletihan. Pernah anda alami gejala seperti ini ketika anda tiba di sesebuah destinasi selepas perjalanan yang panjang menggunakan pesawat? Inilah jet lag.
Kredit foto: Google
Secara saintifiknya, jet lag adalah perasaan lelah dan bingung (confusion) selepas menaiki pesawat dengan lama. Ianya disebabkan oleh tubuh badan kita tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran zon masa yang baru.
Bagi yang pernah merasa jet lag, ia pasti mengganggu pola tidur anda kan? Yela, bila ada perbezaan waktu berlaku antara dua tempat, kita akan rasa agak bingung.
Mungkin waktu di Malaysia tengah malam, tetapi sampai-sampai sahaja di tempat yang dituju baru tengahari. Tak kan nak tidur tengahari buta kan?
Kredit foto: Google
Sebenarnya jet lag boleh dicegah ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan risiko terkena jet lag. Jom cuba beberpa tip ini:
Tetapkan masa mengikut destinasi anda
Jika anda menaiki pesawat, set jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, jika jam anda menunjukkan waktu tidur, paksa diri untuk tidur walaupun agak susah. Begitu juga jika waktu makan sudah tiba, sila makan jangan tangguh-tangguh.
Banyakkan minum air
Anda harus banyakkan meminum air masak. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari walaupun anda tidak rasa haus. Kelembapan udara di dalam kapal terbang akan membuatkan tubuh kekurangan cecair. Amatlah penting untuk menambah cecair didalam air agar anda tidak kelesuan dan kekal cergas.
Jauhi kafein dan makan berlebihan
Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur. Jika anda dihidangkan makanan, pilih menu yang tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Foto Google
Ambil udara dan bersiar-siar
apabila tiba di destinasi yang dituju, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilik tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur sahaja di dalam penerbangan berbanding waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugara boleh atasi jet lag, anda juga boleh! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
2 liter setiap jam? Banyaknya. Orang 2 liter tu sehari kot |
|
|
|
|
|
|
|
Selain tu kalau terbang ke arah timur elok tiduk je dalam perjalanan, tapi kalau ke arah barat tak mengapa kalau pilih tak berapa nak tidur sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak elak jet lag makan acik bawang |
|
|
|
|
|
|
|
2 liter setiap jam?omaii dah la toilet bau mmg tak best satu kerja nak g toilet jeee |
|
|
|
|
|
|
|
makan pil tidur jer bila first day kat negara tu...esoknya ok dah..hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|