CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 7

Muat Naik Video 'Dibunuh' Selepas Kalah Bertaruh

[Copy link]
Post time 28-3-2018 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Bagladesh ditahan selepas memalsukan kematiannya menerusi media sosial kerana mahu mengelak membayar ASD1,800 (RM6,981) selepas kalah bertaruh dalam perlawanan kriket.


Memetik Times of India, video dimuat naik Adel Shikder dikongsi lebih 10,000 kali dalam tempoh beberapa hari, mendorong polis mengesan mayatnya.

"Dia mengupah jurusolek filem yang juga jurukamera sambilan untuk merakam 'pembunuhannya' selepas kalah pertaruhan 150,000 taka (RM6,981) bagi perlawanan final kriket antara Bangladesh dan India bagi merebut Piala Nidahas,” kata pegawai kanan polis Dhaka, Kamruzzaman Sardar kepada AFP.




Tangkap layar dari video 'pembunuhan' Adel




Bagaimanapun, Bangladesh tewas pada perlawanan pada 18 Mac di Colombo selepas pemain India, Dinesh Karthik berjaya meraih kemenangan untuk pasukannya.


Menurut polis, tiga individu dapat dilihat menerusi video berkenaan dan dua daripadanya 'mengelar' leher lelaki berusia 28 tahun itu.


Difahamkan, mereka menggunakan sirap jus buah berwarna merah sebagai darah tiruan yang dicurah ke tubuh Adel ketika imejnya dikelar dimuat naik di media sosial.


Adel kemudian menghantar video berkenaan kepada seorang individu tidak dikenali selepas kalah pertaruhan itu.

"Sebelum itu, dia memenangi 40,000 taka (RM1,862) daripada orang sama pada perlawanan separuh akhir yang dimenangi Bangladesh ketika menentang Sri Lanka.

"Dia kemudian membelanjakan wang berkenaan dan membuat pertaruhan lebih besar untuk perlawanan akhir itu," jelas Kamruzzaman.




Foto: bdnews24.com




Kes itu terbongkar selepas polis menahan jurugambar terbabit pada Sabtu lalu yang membawa kepada penangkapan Adel keesokannya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 04:03 PM | Show all posts
Camner dia dah kena bunuh pastu pegi hantar kat random stranger plak??
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 04:03 PM | Show all posts

                  
                                      
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:24 PM | Show all posts
ade jugak spesis cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambo dia mati mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling kanan tu muka macam raf, laki si mawar gst.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2018 09:45 PM | Show all posts
Salah plot ni. Harap lain kali buat  story board yang lebih logik. Buat simulasi Kalau boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya bangla, nak samakan sri lanka dengan india dalam kriket..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050920 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list