View: 4684|Reply: 17
|
Bila Waktu Tulip Mekar Seluruh Dunia, Siapa Tahu?
[Copy link]
|
|
Bila sebut pasal bunga tulip, tentu mata membayangkan Netherlands atau negara Belanda. Sebenarnya, tak perlu menyimpan banyak duit untuk ke sana.
Kalau anda masih belum tahu, banyak kawasan tulip berdekatan negara kita. Yang penting kena tahu di mana dan bila sebab tulip mekar berbeza waktu di kawasan tertentu. Tapi, tak sempurna kalau tak sebut juga pasal taman tulip paling terkenal di Belanda. Jom kita tinjau mana kita boleh pergi.
Taman Tulip Jinzhan, daerah Chaoyang di Beijing, China.
Foto: slightlyastray
Boleh tengok ribuan tulip mekar di kawasan seluas 61 ekar. Malah, ia berlanskap negara Belanda lengkap dengan kincir angin, bot, pulau di tengah tasik, terusan yang boleh dimudiki dan tasik.
Pengunjung juga berkesempatan mengunjungi festival yang berlangsung dari Februari hingga Mei setiap tahun sambil menimati strawberi di sini. Taman Tulip Jinzhan merupakan program pertanian sains dan teknologi dengan pelbagai kemudahan untuk pelancong.
Festival Tulip Tesselaar di Melbourne, Australia.
Foto: tesselaar
Kawasan penanaman tulip ini terletak hanya sejam jika berkereta dari Melbourne. Festival tahunan ini amat popular kerana taman tulipnya luas dan indah. Pelbagai spesis tulip dari seluruh dunia ditanam di sini. Terdapat setengah juta kuntuman tulip di sini.
Kawasan Dandenong Ranges, Lembah Yarra menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Terdapat juga taman-taman cantik mempesonakan. Boleh datang ke sini dari 15 September hingga 14 Oktober 2018.
Festival Tulip di Kashmir, India.
Foto: newsmoble
Indira Gandhi Memorial Tulip Garden merupakan daya tarikan di daerah Srinagar. Ia satu-satunya taman tulip di India. Terletak di kaki Banjaran Zabarwan, kawasan ini merupakan taman tulip terbesar di Asia.
Di sini juga terletak Tasik Dal yang mempesonakan. Untuk ke sini, boleh menaiki teksi dari Lapangan Terbang Srinagar atau menaiki bas. Untuk tahun 2018, waktu untuk melihat tulip adalah dari 23 Mac hingga 15 April. Raikan keindahan tulip dalam suasana dan pemandangan menawan musim bunga.
Tulip Farm di Taman Suan Tung Lae Khom Chiang Rai, Thailand.
Foto: placesandfoods
Ia boleh dikunjungi pada setiap hujung atau awal tahun. Cuaca sangat nyaman kerana ia adalah musim "dingin" untuk negara Thai. Ia juga dikenali sebagai Tung Chiang Rai Memorial Park and Suan Tung (Tung Garden).
Lokasi ini adalah kunjungan wajib bagi pelancong yang datang ke Chiang Rai, sebuah kota di utara Thai. Selain tulip dan bunga-bungaan lain, pelancong boleh menikmati buah-buahan yang ada pada musim itu.
Istanbul, Turki.
Foto: gardensyasmak
Boleh datang ke sini pada bulan April setiap tahun untuk menyaksikan jutaan tulip yang mekar di taman, lebuh, kawasan bulatan, atau pendek kata di merata tempat.
Pada tahun 2016, sebanyak 30 juta tulip tumbuh memekar di sini. Ia mulai mekar sekitar akhir Mac atau permulaan April, bergantung kepada cuaca. Tulip mengembang selama beberapa minggu sahaja. Ia telah dibawa dari Iran beberapa kurun lalu.
Antara taman terkenal adalah Taman Gülhane, Taman Emirgan dan Taman Yıldız.
Keukenhorf di Lisse, Netherlands.
Foto: ticket.holland
Dikenali sebagai Taman Eropah, ia merupakan taman tulip terbesar di dunia dan dibuka pada 1950. Pelbagai sambutan seperti perarakan bunga dan pameran diadakan.
Waktu paling baik adalah dua minggu terakhir bulan April dan minggu pertama Mei. Inilah tempat paling ideal untuk melihat jutaan tulip dan ratusan jenis dalam warna-warna yang memukau.
Buat penggemar tulip, negara jiran di Thailand pun boleh dikunjungi kalau nak lebih berjimat. Kalau nak pergi, boleh lawati laman web mereka. Tapi, kenalah tunggu musim sesuai, okey? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Santeknyaaa
Teringat dolu mak iols.dpt bunga tulip kawan dia bawak.balik..
Sayangnya dia lagi dasat sampai anak anak x bleh sentuh okeh
Palsu je pung
Hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Cantai sangat {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu macam sekaranglah paling sesuai sebab semua tengah mula blooming dah paling dekat boleh tengok yang kat Thailand tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tanam dkt malaysia hidup x tulip ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Lawonyee tulip... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp yg lat Netherlands tu jugak yg plg cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
fazamania: Kalau tanam dkt malaysia hidup x tulip ni?
Dulu ada tanam kt bkt fraser, skg x tau ada lg ke x
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pn tgh dalam proses nak tanam tulip..dah beli byk dah bawang tuk di tanam..xsabar nak tgu spring nanti |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tunggu tulips tumbuh, last autumn tanam banyak tulip kat rumah,
selalu hujung bulan 5 baru muncul... |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 1 hari nnti dapat la pi tgk my fav flower ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat keukenhof, netherlands tu selalu around mid-april to early may |
|
|
|
|
|
|
|
Kat korea pun ada tulip masa iols pegi spring tp kat amusement park lah (mmg cantik, geram tgk) |
|
|
|
|
|
|
|
eh tipu la chiang rai tu ada musim bunga masa hujung tahun.dulu aku pegi masa krismas apa benda pun takde |
|
|
|
|
|
|
| |
|