“Satu hari tu, saya tengok kad pengenalannya dan baru tahu namanya unik.
Saya tergelak sendiri.
“Yalah, nama saya pun dah susah orang nak sebut,
berjodoh pula dengan lelaki yang juga unik namanya."
Pelik, tapi unik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pasangan suami isteri yang memiliki nama unik ini iaitu Md Helpmelah Jaafar, 43, dan isteri Norolhudainseroh Ismail, 33, lapor Sinar Online.
Menurut Helpmelah yang lebih dikenali sebagai Boy Pasar berkata, bapanya berasal dari Sarawak dan sengaja menamakannya dengan nama itu.
Foto: Sinar Online
“Tapi nama adik beradik lain, tidak unik seperti ini.
“Sebenarnya, sejak dari sekolah lagi sehinggalah sekarang kawan-kawan panggil saya Boy Pasar, sebab tinggal di belakang pasar (Telok Kemang).
“Sekarang kalau orang cari Helpmelah, tak akan ada yang kenal,” katanya.
Disebabkan nama unik yang membawa maksud 'tolong' itu, Helpmelah sering menjadi pilihan guru untuk membuat kerja kelas.
“Bukan kerja berat pun, macam padam papan hitam dan tolong cikgu bawa buku. Seronok, itu saya ingat sampai sekarang,” katanya.
Bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam memberi nama kepada anak-anak.
“Saya bagi nama anak yang biasa orang dengar. Nama unik ni bagus juga, tapi letak nama mudah lebih baiklah,” katanya lagi.
Sementara itu, Norolhudainseroh berkata, namanya sepatutnya dieja Nurul Huda Insyirah tetapi berlaku sesuatu yang tidak diduga ketika bapanya mendaftar nama di balai polis.
“Polis yang siapkan dokumen tu berbangsa India dan bila ayah sebut nama saya, maka polis itu menulis sedemikian, jadilah Norolhudainseroh.
“Sampai rumah baru mak perasan dan dah tak boleh nak buat apa, biarkan sahaja,” katanya. - CARI |