Alam persekolahan memang menyeronokkan. Sesekali mengimbas kenangan bersama rakan-rakan dan cikgu pastinya membuatkan anda tersenyum sendirian.
Namun, apakah perkara yang anda mahu lakukan bersama cikgu tapi tidak kesampaian?
Mungkin berkhemah, meminta hadiah dari guru atau tiada langsung.
Kreatif dan cantik pula tu
Tetapi apa yang dilakukan oleh guru ini sangat menakjubkan. Haley Cufman, guru wanita di Blackwell, Oklahoma Amerika Syarikat, membawa gaun putihnya ke sekolah lalu meminta anak muridnya yang berusia 8 tahun melukis di baju tersebut.
Pelajar tahun 2 yang kreatif
Haley hanya membuat satu syarat iaitu lukis apa sahaja tetapi tidak boleh mengangkat pen. Hasilnya sangat menakjubkan dengan dres tersebut sangat 'fancy' dan berwarna-warni. Ia juga mendapat perhatian dan tular ke seluruh dunia.
Malahan dia juga tidak menyangka yang ia begitu diperkatakan hingga ramai gurut turut meniru projek tersebut.
Rupa-rupanya ini adalah tahun kedua Haley melakukan perkara sama. Walaupun tahun lepas, ia tidak tular namun ia berjaya meraih tempat pertama di peringkat daerah. Teringat pula gaun pengantin Angelina Jolie yang diconteng oleh anak-anaknya.
Dres tahun lepas yang mendapat anugerah diperingkat daerah
Memandangkan tiada kelas seni di sekolah Haley tetap mahu mencungkil bakat kanak-kanak tersebut.
“Sekurang-kurangnya seminggu sekali saya akan lakukan pelbagai aktiviti kreatif supaya mereka sentiasa berimaginasi.”
Untungnya ada guru yang mengambil berat mengenai pelajar-pelajarnya kan? - CARI