Bagi wanita yang baru berkahwin pastinya mempunyai sedikit rasa berdebar apabila hendak memasak di rumah mentua kerana persekitaran yang baharu, pendek kata serba-serbi tak kena.
Mungkin perasaan berdebar itu juga yang dihadapi oleh kakak kepada seorang netizen apabila terpaksa belajar memasak Sardin Masak Kicap dengan ibunya menerusi aplikasi WhatsApp.
Adiknya, Effa (@Effa_SyaZwani) berkongsi perbualan kakak dan ibunya itu di Twitter miliknya dan mendapat perhatian netizen sehingga mencapai lebih 6,000 retweet dan like.
Menurut Effa, kakaknya itu sebelum ini kerap juga membantu ibu mereka di dapur untuk menyediakan lauk-pauk. Tetapi, dek kerana gemuruh nak memasak di rumah mentua, terpaksa jugalah kakaknya itu memohon pertolongan ibu untuk 'memberi kelas memasak' menerusi WhatsApp.
Apa yang menariknya, si ibu sabar sahaja mengajar anaknya itu memasak dengan menerangkan setiap langkah dan bahan apa yang perlu dimasukkan.
Para netizen turut berkongsi pengalaman memasak di rumah mentua dan berkongsi cerita bagaimana mereka memasak buat pertama kalinya di rumah orang lain.
Foto: Twitter
Untuk kaum lelaki di sana, bantu-bantulah isteri anda jika mereka pertama kali di rumah mentua. Mungkin dengan anda menemani mereka di dapur dapat menghilangkan rasa gemuruh. - CARI |