View: 6269|Reply: 47
|
10 Jam Penuntut Dikurung Bogel Di Bilik Hotel
[Copy link]
|
|
Seorang wanita nyaris menjadi pemuas nafsu lelaki selepas bersetuju untuk bertemu walaupun hanya saling mengenali menerusi laman sembang Mr Gentleman.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku pada 11.30 malam di sebuah hotel di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut laporan, dalam kejadian, mangsa, 23, dikurung lebih 10 jam dalam keadaan bogel sebelum berjaya melepaskan diri.
Menurut sumber polis, pelajar kolej swasta terbabit bersetuju berjumpa dengan suspek selepas mengenalinya sejak beberapa bulan lalu menerusi laman sembang berkenaan.
“Mangsa bersetuju berbuat demikian kerana suspek, 30-an, itu akan membayar yuran pengajian gadis berkenaan selain turut menanggung perbelanjaan lain.
“Sebaik tiba di hotel berkenaan, suspek meminta mangsa untuk naik ke biliknya berikutan tidak mahu rakan lelaki terbabit mengetahui kedatangan gadis berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di bilik berkenaan mangsa melihat seorang gadis lain berada dalam keadaan bogel bersama lelaki itu.
“Mangsa kemudian ditarik menyebabkannya terjatuh lalu kepala terhantuk ke bucu katil sebelum kaki dan tangannya diikat.
“Lelaki berkenaan turut menanggalkan pakaian mangsa sebelum bertindak mencabulnya walaupun mangsa berulang-kali merayu supaya dilepaskan,” katanya.
Dalam tempoh beberapa jam mangsa diperlakukan sedemikian oleh suspek, gadis yang berada di dalam bilik berkenaan hanya memerhatikan saja.
“Mangsa bernasib baik apabila suspek mahu ke bilik air dan kesempatan itu diambil untuk gadis berkenaan untuk melepaskan diri sebelum meminta pertolongan daripada pekerja hotel terbabit.
“Berikutan kejadian, mangsa luka di dahi dan lebam pada anggota badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.
Siasatan awal mendapati suspek aktif menggunakan media sosial dan laman sembang untuk mengumpan gadis menggunakan wang.
Siasatan lanjut akan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
what u aspect kalau jantan dah tabur duit, kau ingat dia tabur duit kat kau saje2 ke bodoh nye lahai |
|
|
|
|
|
|
|
Dh sape suruh tamak xde duit kje la bengong |
|
|
|
|
|
|
|
duit nak, keje taknak.
da dpt duit tu, keje arr.
lari plak |
|
|
|
|
|
|
|
Berani betul ikut laki baru kenal,tak membantah lak tu. Nasib baik berjaya lepaskan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lari selamatkn diri sempat pakai balik bj ke |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga dekkkkkk! Kau nak jantan tu jadi sugar daddy kau, kau jadi sugar baby dia. Kau ingat jantan tu nak bagi kau duit free free ker? |
|
|
|
|
|
|
|
jap xpaham... ada sorg lagi mangsa dlm bilik tu.. selamat ke x tu? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dpt lariii...
mana ada org saja2 nk bg duit dgn percumaaa
biar la x berduit dik oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep thresome juga ke?
Dek, ada ke jantan nak bayar yuran senang2 tanpa balasan?? |
|
|
|
|
|
|
|
berani nya kau dek
sampai naik ke bilik hotel |
|
|
|
|
|
|
|
AMBOI.
belum tentu dah dpt ke idok khuens duit nye
|
|
|
|
|
|
|
|
10jam tak on on
batang tak naik ke aper????
|
|
|
|
|
|
|
|
perghhhh jalan binjai tu...sime darby park kot!!! heheheheh tempat elit tuh!!! awek ni misti cun dan dgn muka cun dia buat modal heheheheehee |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa or lelaki tu nak 3some
|
|
|
|
|
|
|
|
buat-buat inesen la pulak.. niat dari awal pun dah salah..
kalau tak ada pompuan lain dalam bilik tu selamat dah bersugar honey honey.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg sibogel sorg lagi tu apa cer? |
|
|
|
|
|
|
| |
|