View: 1624|Reply: 8
|
Sakit Mental, Lelaki Maut Potong Zakar Sendiri
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Essex, England, maut selepas mengalami pendarahan teruk akibat mengerat zakarnya menggunakan pisau pemotong daging.
METRO melaporkan, Daniel Maher, 46, mengalami masalah mental sejak beberapa tahun yang lalu sebelum kematiannya pada 30 September tahun lalu.
Mahkamah Koroner Essex diberitahu, Maher mengambil dadah dan meminum alkohol bersama rakan-rakan di kediamannya malam sebelum dia membunuh diri.
Awal pagi keeseokannya, Maher dipercayai masuk ke sebuah bilik kecil yang bersambung dengan bilik tidurnya sebelum rakannya mendengar dia menjerit.
"Rakannya mendengar jeritan dari bilik tidurnya tetapi tiada jawapan apabila namanya dipanggil," kata pegawai koroner Paul Gamman.
Maher ditemui dalam keadaan melutut di dalam bilik berkenaan dengan tangan kanannya yang hampir putus dan pisau pemotong daging di bawah tubuhnya.
Jurucakap polis Stephen Jennings berkata, Maher mempunyai masalah mental 'paranoid schizophrenia' sejak 2008, tetapi berhenti berjumpa kaunselor beberapa bulan sebelum kematiannya.
Laporan perubatan juga menyatakan dia sudah lama berhenti dari mengambil ubatnya. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia megambil dadah termasuk kokain, ekstasi, cannabis dan morfin beberapa jam sebelum kematiannya.
Laporan autopsi menyatakan Maher dipercayai memotong alat kemaluannya beberapa jam sebelum cuba mengerat tangannya.
Foto: METRO
Jennings mengesahkan kematiannya tidak membabitkan unsur jenayah kerana pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui tanda pergelutan selain bahan bukti yang tidak diganggu.
"Kematiannya bukan serta-merta, jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
"Kematiannya serta-merta, jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis," katanya.
Tak faham ayat ni {:question |
|
|
|
|
|
|
|
sib bek xkerat member punye.. |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug: "Kematiannya serta-merta, jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis," katanya. Tak faham ayat ni {:question
Mgkn dia nk bgthu yg kalau mngsa nk selamat kn dri sndri sempat je call ambulans sbb bukan mati serta merta..
|
|
|
|
|
|
|
|
mksdnya tiada unsur jenayah len spt di tekap ker di jerut ker, ianya bole diklasifikasikan sebagai mati mengejut sb mangsa masih bernyawa bukan mati on the spot tp sengaja tak nak mtk pertolongan sebab dah mmg nak mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
giyomi replied at 6-4-2018 07:00 PM
mksdnya tiada unsur jenayah len spt di tekap ker di jerut ker, ianya bole diklasifikasikan sebagai ...
Haha TT baru edit. Awal tadi ayat dia "kematiannya serta-merta". Sbb tu tak faham. Anyway thank you |
|
|
|
|
|
|
|
mrizumi replied at 6-4-2018 06:06 PM
Mgkn dia nk bgthu yg kalau mngsa nk selamat kn dri sndri sempat je call ambulans sbb bukan mati ...
Haha TT baru edit. Awal tadi ayat dia "kematiannya serta-merta". Sbb tu tak faham. Anyway thank you |
|
|
|
|
|
|
|
schizo.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sakit mkn ubat la
2050 sakit mental akn jd saakit utama dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|