CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6564|Reply: 65

[Tempatan] Nasib maid orang tempatan. Hari pertama dah kena penumbuk

[Copy link]
Post time 9-4-2018 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hanya kerana makan, seorang wanita tempatan yang juga warga emas dibelasah majikannya hingga hampir hilang pendengaran dan tidak mampu berjalan di sebuah rumah di Setapak di sini, pertengahan bulan lalu.

Wanita malang itu, Siti Hajar Mohd Yatim, 62, turut mendakwa diludah dan dimaki apabila majikannya tidak berpuas hati hanya kerana perkara remeh serta tidak masuk akal.

Berikutan tidak tahan diperlakukan sedemikian sejak hari pertama bekerja di rumah majikan terbabit, Siti Hajar nekad melarikan diri pada 4 April lalu dengan memanjat tembok setinggi dua meter di kediaman berkenaan sebelum meminta pertolongan orang ramai.

Menceritakan nasib malang yang menimpanya, Siti Hajar berkata, seorang saudaranya menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dengan gaji RM900 sebulan sebelum dia bersetuju dengan tawaran berkenaan.

“Pada awalnya saya berjumpa majikan iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pertemuan itu tidak menggambarkan dia seorang panas baran atau kaki pukul.

“Namun pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiahkan’ tumbukan di muka hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan,” katanya.

Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupannya bagaikan neraka di kediaman berkenaan apabila dipukul dan dibelasah menggunakan kayu serta rotan hingga menyebabkan badannya lebam dan luka.

“Majikan yang juga pemilik bengkel akan ‘naik hantu’ apabila anaknya mengadu saya ada buat salah atau dituduh mencuri wang dan tanpa usul periksa, saya dipukul tanpa belas ihsan.

“Selain itu, majikan juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kononnya bagi mengelak saya melarikan diri atau menghubungi ahli keluarga untuk mengadu perkara berkenaan,” katanya.

Dia berkata, kemuncak kepada penderitaannya apabila dia dibelasah dan diugut menggunakan senjata tajam pada 4 April lalu apabila sekali lagi dituduh mencuri wang anak majikannya.

“Saya nekad memanjat tembok pagar setinggi dua meter walaupun menanggung kesakitan dan sehelai sepinggang sebelum meminta pertolongan daripada orang ramai lalu dibawa ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.

“Saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan dimasukkan ke wad selama seminggu sebelum kakitangan sebuah pusat kebajikan di bandar raya ini mengambil saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilo bonar majikannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci betul jenis jantan pukul perempuan ni.. Pukul mokcik tua plak tu. Dah kena tangkap blum si tukul ittew?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:14 AM | Show all posts
manusia ke binatang tu? sama2 warga emas, takkan takde belas ehsan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 la org tua dh tu weh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa cerita sebenarnya. ...kena dengar dua dua belah pihak. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2018 10:19 AM | Show all posts
Orang yang tak pernah ada maid dolu2.......asalnya papa kedana.
Bila ada maid.........nak tunjuk bossy la konon.
My foot la.
Semuga si bahalol tu disumbat dalam penjara.........dan bagi aku......padan muka ngko.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:24 AM | Show all posts
umo 62 nak keja maid ker?

bukan lepas umo 60 socso insuran semua dah tak cover lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tua ni..seby mk ai..huhu
Sedihnya lh.
Dasar jntn kparat, x kiralh salh ke x, jntn pkul ppuan
Lagi2 yg dh tua
Mmg keparat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi sekor majikan nak kena penjara
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya majikan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:37 AM | Show all posts
hishhhhh jahat tul majikan dia...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xlogik je kisah penderaan ni...kena dgr cerita from both party..
Kejadah majikan nak naik hantu pukul smpai tahap tu????
Mcm ada unsur reka cerita pon iyaaa....mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul, kesiannye... sebaya mak saya hah wanita ini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:52 AM | Show all posts
majikan ni takde wife ke yg boleh tolong protect maid ni
spesies jantan notelo, only rasa superior bila dapat debik org lain... pic mana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:56 AM | Show all posts
sian makcik tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 11:08 AM | Show all posts
Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupannya bagaikan neraka di kediaman berkenaan apabila dipukul dan dibelasah menggunakan kayu serta rotan hingga menyebabkan badannya lebam dan luka.

ngapa nak beri tahu siti hajar yang "membujang" berkata.......x boleh ke terus ckp siti hajar berkata...

ke ada maksud lain yang membujang tu....

apa pun kesian lah makcik ni....

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 11:50 AM | Show all posts
leylapple replied at 9-4-2018 10:24 AM
umo 62 nak keja maid ker?

bukan lepas umo 60 socso insuran semua dah tak cover lagi?

kerja maid dengan majikan perseorangan macam ni ada register epf socso ke?
melainkan beliau kerja dengan company pembersihan dan majikan bayar gaji beliau melalui company tu..

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ya pon ade salah ape kes sampai membantai org pulak. Elok diberhentikan kerja je
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 9-4-2018 11:08 AM
Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupannya bagaikan neraka di kediaman berkenaan ap ...

bila highlight membujang tu maka persoalan kenapa tua tua kena keje terjawabla
persoalan kenapa anak2 tak bantu pun terjawab sbb mmg xda anak
camtu lah gamaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.114137 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list