View: 3058|Reply: 3
|
Puding Bingsu Strawberi: Sudahlah Cantik, Sedap Berganda-Ganda Pula Tu
[Copy link]
|
|
Tahukah anda warna merah banyak digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan kerana warna ini mampu menarik perhatian dan meningkatkan nafsu makan? Maka tak hairanlah banyak logo-logo restoran makanan segera menggunakan warna merah.
Warna merah strawberi turut menarik perhatian tak kira anda suka ataupun tidak. Jika anda mendapat atau membeli strawberi yang agak masam rasanya anda boleh menukarkan ia kepada pemanis mulut yang menyelerakan!
Fotoookat
Ikuti resipi puding strawberi di bawah ini. Sesuai untuk dihidangkan sewaktu majlis keramaian ataupun minum petang bersama keluarga!
Fotoookat
Bahan-bahan:
500ml Susu
1kg Strawberi
Susu Sejat
150g Jeli Perisa Strawberi
300ml Air Panas
Cara-Cara
1. Tambah 1kg jeli berperisa strawberi dalam mangkuk bulat. Kemudian tuang 300 ml air panas untuk merendam kesemua jeli. Kacau untuk cairkan jeli.
2. Pastikan kesemua jeli telah cair sepenuhnya.
3.Sejukkkan puding dengan meletakkan bekas tersebut dalam sebuah mangkuk berisi air sejuk.
4. Kisar 500ml susuk sejuk beku dengan menggunakan mesin pembancuh. Kemudian letakkan dalam sebuah pinggan besar beserta 1kg strawberi. Simpan ruang untuk puding.
5. Tambah puding di tengah-tengah pinggan. Tuang susu sejat di atasnya untuk melengkapkan hidangan.
6. Sedia untuk dihidang dan dinikmati!
Fotoookat
Nampak cantik dan sayang nak makan! Mesti anda tak sabar nak masuk dapur dan buat sendiri kan? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Stoberi kalau dpt yg masam mak aiii..kembang tekak..ni respi apa..x paham lak..main susun2 gitu jah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak boleh je nak buat, resepi susah sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|