View: 5073|Reply: 8
|
3 Restoran Di Bangsar Untuk Chill Dan Lepak Dengan Kawan-Kawan
[Copy link]
|
|
Bangsar sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat makan dan kehidupan malam yang mengujakan. Kadangkala kalau banyak tempat makan pun susah juga nak buat pilihan.
Jadi kali ini kami memudahkan anda dengan tiga tempat yang wajib anda singgah jika berada di Bangsar!
Nasi Briyani Ayam Madu @ Restoran Mahbub
Foto:Facebook
Barisan beratur yang panjang pada waktu makan tengah hari membuktikan restoran ini sungguh popular. Namun jika anda pertama kali datang ke Mahbub, anda wajib memesan Nasi Briyani Ayam Madu.
Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan menikmati ayam manis penuh berperisa dan lembut dihidangkan dengan nasi briyani yang semerbak baunya.
Alamat: No.15-, 17, Lorong Tempinis Kiri 1, Lucky Garden, Bangsar
Waktu Operasi: 7pagi – 2pagi (setiap hari)
No telefon: +603 2095 5382
Japanese Yodel Burger @ The Daily Grind
Foto:Facebook
Ada banyak burger yang sedap-sedap dihidangkan di sini. Paling istimewa ialah Yodel Burger.
Patti daging beserta keju biru Jepun dan cendawan rangup disalut tempura digunakan dalam pembuatan burger ini.
Alamat: Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru
Waktu operasi: 11pagi- 11 malam (setiap hari)
No telefon: +603 2287 6708
Wantan Mee @ Restoran Berjaya
Foto:Facebook
Restoran ini terkenal dengan lauk pauk untuk Nasi Padang yang dihidangkan. Namun ramai juga yang sanggup datang seawall 7 pagi untuk menikmati sepinggan mi wantan untuk makan pagi.
Alamat: 44, Jalan Telawi, Bangsar Baru
Waktu operasi: 7 pagi – 5 petang (setiap hari)
No telefon: +6016 292 5578
Jom rancang perjumpaan bersama sahabat lama di Bangsar! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik boleh tambah list place to try nih |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah tak lepak bangsar nih... antara tempat makan i salu p dulu adalah restoren mahbub ni, syed (seberang dia jer), pizza hut kat area tu, pastu salu lepak BSV and BSC. Dulu ada Madam Kwan gak kat situ, lama dah tutup. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa study dulu selalu tapau mee goreng basah uncle yang dekat gerai-gerai kecil depan farmasi kat corner shoplot lucky garden tu. Dahla murah, portion banyak, sedap. Ada lagi ke tak, tak tahu lah. Kalau lepak/study group pulak biasa kat mcdonalds jalan maarof tu je sampai pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
wantan mee restoran berjaya tu mmg sedap! recommended sangat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|