Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai teramat sukakan menu yang dicampur dengan keju/cheese. Apa sahaja hidangan termasuk lauk pauk, pemanis mulut, minuman dan kuih semuanya mesti diletakkan keju sehinggakan banyak restoran yang mengubah suai menu mereka semata-mata mahukan rasa keju!
Jadi, peminat keju di Kuala Lumpur, sila bersedia dengan limpahan keju yang tak agak-agak pun di Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan dan Taman Permata. Ya! mereka ada 2 cawangan.
Jadi, apa yang menariknya di sana?
Sebagai peneraju pizza tanpa doh pertama di Malaysia, restoran ini berbangga dengan Meatza. Jika anda mahukan rasa daging yang penuh, cuba Meatza iaitu daging diperap 24jam kemudian dicanai menggantikan doh kemudian ditabur keju banjir. Memang penuh perut dengan rasa keju yang melimpah.
Meatza
Menu seterusnya yang boleh dicuba ialah Lamb Grill The Hulk Cheese. Dengar namanya sahaja pun dapat bayangkan betapa banyak keju yang dijadikan ‘topping’.
Selain itu, ada juga menu pasta dan asam pedas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza-beza.
Asam pedas pun ada
Paling istimewa pastinya minuman yang menjadi daya tarikan utama iaitu Milo cheese durian.
Tak pelik ke rasanya? Jawapan yang diperoleh, ia adalah tarikan kepada penggemar durian. Digelar minuman hybrid dengan campuran milo kemudian digandingan bersama keju parmesan dan cheddar, barulah atas sekali diletakkan durian kampong.
Harganya boleh tahan, maklumlah macam-macam diletakkan iaitu RM25 segelas.
Lagi menu keju melimpah - Restoran Cheese Banjir tawarkan campuran durian dan milo
Jadi lokasi penggambaran. Sumber foto: Facebook Cheese Banjir
Anda yang sukakan keju, durian dan makanan barat memang harus mencuba kelainan di restoran ini.
Restoran Cheese Banjir Desa Pandan
Lot G10, G-Village, Kuala Lumpur
Restoran Cheese Banjir UK2790, Jalan Changkat Permata, Kuala Lumpur - CARI
|