Lagu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti yang berjudul Comel Pipi Merah telah menjadi siulan ramai, baik dari golongan kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Lagu tersebut telah dibuat istimewa khas untuk anaknya, Siti Aafiyah. Liriknya yang ringkas dan iramanya yang 'catchy' membuatkan lagu tersebut sentiasa terngiang-ngiang di telinga para pendengar.
Foto: YouTube
Malah banyak parodi yang lucu dibuat oleh beberapa blogger dan 'instafamous' yang menggunakan lagu ini. Tak terkecuali, ramai rakan artis yang turut memuat naik beberapa video yang berlatarbelakangkan lagu Comel Pipi Merah ini.
"Ting Ting Tang Ting Tara Ting Ke Ting Tang Ting.."
Antaranya termasuklah penyanyi Lufya Omar dimana video yang dimuat naik ke laman instagram miliknya telah mendapat perhatian Tok Ti, yang memuji kecomelan anak beranak itu.
Menerusi video tersebut, Lufya dilihat menggendong anaknya, Laana Haura yang mengenakan tudung dengan berlatarkan muzik Comel Pipi Merah.
Ramai netizen turut mengambil kesempatan untuk memuji kecomelan Laana.
Foto: IG CTDK
Namun, terdapat satu komen daripada netizen yang menarik perhatian kami dimana individu tersebut dilihat tidak bersetuju dengan tindakan Lufya memakaikan anaknya dengan tudung.
Foto: IG CTDK
Bagaimanapun, ramai yang cuba mempertahankan Lufya dan menganggap tiada apa yang perlu dikasihankan. Lagi pula, tudung tersebut tidak mendatangkan mudarat pada anaknya.
Foto: IG CTDK
Apa pula pendapat anda? - CARI
|