Bagaikan tiada kesudahan isu Fatin Afeefa yang mempunyai hubungan intim bersama suami orang. Kali ini berlaku keganasan rumahtangga pula.
Foto: IG Fatin Afeefa
Kisah ini berlarutan dan baru-baru ini seorang perempuan mengakui dia dipukul oleh suaminya disebabkan Fatin Afeefa.
Foto: Twitter Hanna Marie
Dulu Fatin didakwa menggunakan ilmu hitam dan curang seperti yang didakwa oleh bekas suaminya, Adam Shahz.
Wanita yang dikenali sebagai Hanna Marie itu mendedahkan di laman Twitter kesan dirinya dipukul teruk oleh suaminya hingga ada kesan penyangkut baju pada tubuhnya.
Foto: Hangat.com
Dia meminta Fatin supaya tidak mengganggu lagi hubungannya dengan suami hingga menyebabkan suaminya berubah hati walaupun suaminya mengatakan dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Fatin lagi.
Foto: Twitter Hanna Marie
Namun apa yang pelik, wanita ini tidak pula membuat laporan polis atau tinggalkan suaminya terus. Kecederaan yang dialami begitu serius sekali dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Apa yang rumit sangat masalah Fatin Afeefa ini sampai sanggup merampas kebahagiaan orang lain. Banyak lagi lelaki teruna yang menarik. - CARI |