View: 58557|Reply: 733
|
Fazura Digelar Bimbo, Tin Kosong Gara-Gara Tak Kemas Kini Foto Mengundi
[Copy link]
|
|
Setelah beberapa hari tidak mengemas kini akaun media sosial Instgram miliknya, pelakon kelahiran Pekan Pahang, Nur Fazura dituduh tidak peduli tentang negara oleh netizen.
Komen-komen negatif itu dapat dilihat menerusi salah sebuah posting dimuat naik Fazura beberapa hari lalu.
Netizen bertanyakan mengenai kehilangan Fazura dan membuat dakwaan Fazura tidak menunaikan tanggungjawab untuk mengundi baru-baru ini.
Selain itu, Fazura juga dikatakan mendiamkan diri sementara ramai artis termasuk Neelofa, Syatilla Melvin, Janna Nick dan ramai lagi membuat kemas kini dan mengambil foto ketika sedang mengundi atau jari yang sudah bertanda.
Netizen juga membuat spekulasi bahawa Fazura dan suami, Fattah Amin tidak mendaftar undi. Malah, netizen beranggapan Fazura yang berasal dari negeri kelahiran bekas perdana menteri kecewa kerana parti pimpinannya gagal dalam pilihan raya baru-baru ini.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Fazura menyebabkan pelakon itu bertindak menutup ruangan komen pada muat naik terbaru yang memaparkan gambar bendera Malaysia berserta kapsyen kata-kata daripada seorang ahli sejarah, Jean Henrik Clarke.
Mungkin Fazura tidak mahu melayan komen-komen negatif yang bersifat provokasi itu. Bagi peminat Fazura yang sudah lama mengikuti perjalanan kariernya sebagai seorang selebriti, rata-rata memahami sikapnya yang tidak suka mempamerkan peristiwa yang dianggapnya peribadi di media sosial.
Foto: IG Fazura
Tindakan mempamerkan foto semasa mengundi adalah hak masing-masing. Jika anda seorang selebriti, adakah anda mahu dilabel tin kosong atau menyatakan sokongan sepenuhnya? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp iols seakan yakin dia x g ngundi{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah bayaran jika bergelar retis poplar.
Yang penting dia tak propa eh macam sesetengah manusia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ternampak komen kata dia beauty with brain |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by N0v at 11-5-2018 04:33 PM
Dia ni kan penyokong kuat Najib kalau betul tak pegi mengundi pun dah bagus yang pasti undian dia untuk Najib sama-sama dari Pekan. Tak update IG sebab terkedu kot Najib yang dia sokong dah kalah |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak keluar mengundi tu buat tak tahu je la nyah..ini nak tepek jugak gambar bendera malaysia nyah..lagi gembira la mak hayam mengutuk kau nyah... |
|
|
|
|
|
|
|
Poplarlah. Tak tahulah definisi poplar ko lain ka macam mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Beauty with brain?
Setakat SPM level belum cukup brainy |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHA baru tengok stagram dia. KAH3
Motip nak propa? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Aduradura at 11-5-2018 04:33 PM
Its okay fazura, iolls still loikeeee youuuu ... biarla bimbo pun, dari pandai tapi tamak haloba , dari gebang pompang pompang kenegaraan tapi hampeh , opsss kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Dia xnk mengundi itu hak dia. Ntah2 daftar pun idak. |
|
|
|
|
|
|
|
BookerT replied at 11-5-2018 04:30 PM
mak mengarut atau kau sendiri nubis tak faham apa istilah tersebut nyah...
Adakah semua yg kita buat kena share kat ig..aku pun puli mengundi tp tak share pun kat ig.... pelik betul netizen ni |
|
|
|
|
|
|
|
Najib kesayangan dia dah kalah daa. Jgn expect dia macam artis lain nak tunjuk solidariti kat Tun M pulak sedangkan dia penyokong kuat Najib bukan Tun M. |
|
|
|
|
|
|
| |
|