|
Ianya dipanggil roti tetapi sebenarnya ia seperti lempeng yang dimakan dengan kuah daging hancur. Ada juga yang memanggilnya dengan panggilan pasta melayu.
Sejarahnya, roti kerca ini popular dalam kalangan kerabat diraja pada suatu masa dahulu.
Jom ikuti resipi roti kerca yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad yang mengambil inspirasi dari roti kerca yang pernah dibuat oleh Dato' Seri Siti Nurhaliza.
Resipi Roti Kerca
Bahan-bahan untuk roti:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan air
garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk kuah
1 keping daging cincang,
1 biji kentang, potong dadu kecil,
1 tin kecil tomato puri,
3 sudu besar rempah kari daging,
1 biji bawang besar India,
2 ulas bawang putih,
1/2 inci halia,
1 batang kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga,
1 kotak kecil santan,
2-3 cawan air.
Secubit garam.
Cara membuat roti:
1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 biji telur, secubit garam dan 3 cawan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.
2. Panaskan kuali tanpa lekat. Letak dalam sesenduk, dadarkan ia macam buat lempeng.
3. Kemudian gulung dan gunting roti tadi.
Cara-cara membuat kuah:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia menggunakan lesung batu sampai lumat.
2. Letakkan sedikit minyak di kuali, pasangkan api.
3. Masukkan bawang dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sehingga bawang layu.
4. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.
5. Masukkan santan dan air. Kacau rata. Kalau masih pekat, tambah lagi.
6. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali.
7. Gaul rata, pastikan masak.
8. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi. Biarkan seketika sehingga masak dan masukkan garam secukupnya.
9. Tuang kuah yang dh siap di atas roti tadi.
Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|