View: 7469|Reply: 76
|
[Tempatan]
Bakas Pardana Menteri Malaysia Tanya KJ, Kenapa Sekarang Baru Nak Bersuara?
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x629. |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sepatutnya bersuara lebih awal, jika masing-masing merasakan ada masalah dalam kepemimpinan, ketika beliau mengetuai negara dan parti.
Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu, mendakwa selama ini beliau mengamalkan sikap terbuka dengan semua pihak bebas bersuara dalam memberi ulasan dan pandangan, meskipun ia mungkin berbeza dengannya.
"Saya agak terbuka mengenai perkara ini, cuma saya mahu ia dilakukan secara tertutup, kerana kita tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri sebagai anggota dalam kerajaan," katanya.
Najib yang mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), berkata malah sebagai ahli parti, mereka masih mempunyai kebebasan menyuarakan rasa tidak puas hati atau perbezaan pandangan terbabit mesti menggunakan kaedah atau saluran yang sewajarnya.
"Hakikatnya, Khairy boleh datang berjumpa saya dan memberitahu, kita tidak berada di landasan yang betul atau berdepan masalah yang tidak ditangani sewajarnya.
"Dari situ, saya boleh buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya. Namun itu tidak berlaku, beliau (Khairy) sendiri mengakui tidak berbuat demikian," katanya dalam temubual eksklusif kepada portal malaymail.com semalam.
Najib menyuarakan pandangan itu ketika mengulas kekalahan memalukan UMNO dan BN di bawah kepemimpinannya, sedangkan parti itu tidak pernah kalah dalam PRU sepanjang mentadbir negara sejak merdeka.
Perdana Menteri keenam itu mendakwa, beliau tidak pernah memaksa ahli BN mengikut kehendaknya, sebaliknya menekankan keperluan mematuhi disiplin parti.
"Sekiranya anda menyerang kepemimpinan secara terbuka, itu bertentangan dengan disiplin parti, tetapi sekiranya awak datang bersemuka sambil memberitahu tidak bersetuju dengan saya, itu tidak salah. Saya rasa ia sepatutnya dilakukan sedemikian," katanya.
Meskipun Najib tidak menamakan mana-mana individu, namun ungkapan itu seakan-akan merujuk kepada bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.
Kedua-dua pemimpin terbabit lantang mempertikaikan tindakan Najib dalam menguruskan isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), secara terbuka dan akhirnya kedua-dua mereka dipecat daripada jawatan dalam kerajaan BN dan UMNO.
Muhyiddin dan Shafie kemudiannya menubuhkan parti masing-masing, sebelum bergabung dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang terdiri daripada DAP, PKR serta AMANAH, menumbangkan BN dalam PRU-14.
Bagaimanapun, ketika merujuk kepada Khairy, Najib berkata, pemimpin Pemuda UMNO itu sepatutnya sedar yang beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang berbeza pendapat.
"Saya hanya mengutamakan disiplin parti. Mereka yang diambil tindakan selama ini adalah disebabkan kesalahan melanggar disiplin parti," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/na...bersuara-najib
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyidin dtg jumpa dan bgtau perkara sebenarkan... tgk aper ko buat pd dia |
|
|
|
|
|
|
|
Iyela tu .. terbukala sgt ... |
|
|
|
|
|
|
|
Biol ke amnesia jibby ni. Org yg tegur sume kene pecat dgn kau. Tmbh kalau org mcm kj mmg kceut la die |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pyropura at 20-5-2018 05:34 AM
Jibun, buat macam Jahid buat, carut pukimak kan aje Pemuda Amno tuh, abis citer |
|
|
|
|
|
|
|
Sian najib nih..terima la kenyataan..xperlu cr salah sesapa..ambil tggungjawab tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya pemimpin camni..mcm mana dia nak tahu masalah rakyat kalau parti sendiri yg saiz kecik tu pun dia tak tahu sedang bermasalah |
|
|
|
|
|
|
|
jibun dah play victim skrg..kes muhyiddin dia lupa ingatan ker..kes penguam negara ..semua dia pecat waktu dia ada kuasa skrg terus lupa ingatan |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha cash lah but Umngok yg suka syok sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
tukang kipas ramai..ok dato seri,baik dato seri, saya akan buat dato seri..apa lgik.. nnti dpt la habuan |
|
|
|
|
|
|
|
poyo la ko jibun feeling terbuka plk.dhla kj tu mnteri picisan kabel pun bkn kuat mana asik tidooo jah.ingt die igt dia berani nk tegor ko kang xpsl2 terlepas giliran jwtn pm plk.sdgkn otai muhyiddin yg pegang jwtn plg tggi lepas ko pun kena buang lps tanya satu soalannn je lg ko nak cite panjang |
|
|
|
|
|
|
|
meteorspeed replied at 20-5-2018 05:35 AM
jibun dah play victim skrg..kes muhyiddin dia lupa ingatan ker..kes penguam negara ..semua dia pecat ...
Zeti aziz pon |
|
|
|
|
|
|
|
yg jwtn ahli parlimen pekan tu ko xnk let go ke jib?? |
|
|
|
|
|
|
|
babak riding menuding suda bermula .... popporn mana ... popporn ..... eh popcorn |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat ahli pemimpin parti umno dulu hipokrit satu sama lain....semua kerana kepentingan sendiri. ..
Respek muhyidin. ...tak perlu takut nak bersuara. ..
KJ memang hipokrit. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu membodek,sekarang baru nak bersuara.
|
|
|
|
|
|
|
|
So now rakyat boleh nampak the true colours of the UMNO leaders. Yg berbaki tu pun itulah dia. Dah betul dah tak payah diubah2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
udah2 la buat pura2 tanya.
muyidin dulu tegur, tgk ape jd nasib dia?
so, KJnk buat pkra sama ke? dia pun syg jawatan dia dlm UMNO dan jawatan menteri yg dia pegang, sb tu dia x bsuara |
|
|
|
|
|
|
|
diam lah kau
makin buka mulut makin ketidakcerdikab terserlah |
|
|
|
|
|
|
| |
|