View: 2406|Reply: 7
|
Guna Julap Keluarkan 106 Kapsul Kokain Daripada Perut Wanita
[Copy link]
|
|
Polis terpaksa menggunakan julap selama beberapa hari untuk mengeluarkan 106 kapsul kokain daripada perut seorang wanita Brazil.
Mail Online melaporkan, wanita berkenaan cuba menyeludup bahan bernilai ASD900,000 (RM3.5 juta) itu ke negara berkenaan.
Foto: Hindustan Times
Wanita berusia 28 tahun itu bersama-sama kapsul terbabit dihadapkan ke mahkamah di New Delhi yang kemudian menahannya di penjara Tihar.
Menurut Superintenden Biro Kawalan Narkotik, Vishwa Vijay, wanita terbabit ditahan pada 14 Mei sebaik tiba di lapangan terbang New Delhi dari Sao Paulo.
Foto: Mail Online/AFP
"Dia dibawa ke hospital Safdarjung di mana doktor menggunakan julap selepas ujian sinar X menunjukkan kewujudan kapsul berkenaan," katanya kepada AFP.
Kapsul berkenaan mengandungi kira-kira 930 gram kokain asli Amerika Selatan yang sepatutnya disampaikan kepada pengedar dadah di ibu kota India itu.
"Ia adalah bilangan kapsul kokain paling banyak dikeluarkan daripada perut 'penelan dadah profesional' di New Delhi," tambahnya.
Menurut undang-undang negara itu, hukuman maksimum bagi penyeludupan dadah adalah 20 tahun. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wow
Iols is kagum.acaner dia menelan dgn banyaknya
Adakah depan dia ditabur duit kenyebabkan dia hipnotized lalu menelan sebanyak mungkin? |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan yang sanggup jadi kaldai dadah ni disebabkan duit yang ditawarkan |
|
|
|
|
|
|
|
u ols...xbahayakan diri ker telan sbnyk2 alam? ie:, xplak dia pengsan kaw2 kerrr, koma ker? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak case mati
overdose bila capsule tu pecah dlm perut
|
|
|
|
|
|
|
|
errkk... kantoi kat negara yg jelnya tahap jamban, mcm minah yg dihukum penjara kat Nepal.
kalau kantoi kat negara denmark ka, norway ka... persis di resort percutian sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
mereputlah dlm penjara. dadah musuh manusia |
|
|
|
|
|
|
|
beraninya nak telan banyak banyak macam ni. kejadahlah nak jadi keldai dadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|