CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3705|Reply: 15

Bulan Puasa Ja Mulut Busuk? Ketahui 4 Puncanya Yang Mengejutkan

[Copy link]
Post time 25-5-2018 11:55 AM | Show all posts |Read mode



Apabila berpuasa, badan jadi letih dan lesu kerana dehidrasi. Tidak terkecuali mengalami masalah bibir kering dan mulut busuk.
Maklumlah di bulan Ramadan, kita acap kali membuat perkara yang membuatkan badan menjadi semakin letih seperti tidur berlebihan. Jadi semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Cuma terpulang kepada kita nak atau tak nak mengatasinya.

Di Twitter, Iblis Ramadhan atau juga dikenali Iblis Terlaknat berkongsi punca masalah tersebut dan cara mengatasinya.



Namun, iblis berkongsi kebaikan? Ya, nama Iblis a.k.a syaitan dipilih untuk berkongsi manfaat, jadi lihat pada apa yang disampaikannya bukan siapa orangnya okey? Jom, kita lihat empat fakta yang menyebabkan mulut berbau busuk.


Oh! Patutlah. Ingatkan letak banyak ubat gigi banyak menjadikan mulut tidak busuk dalam masa singkat, rupa-rupanya terbalik kesannya.

Jadi, kita lihat punca kedua pula.



Yang nombor dua ini, mesti ramai peminat kopi atau teh sukar untuk melakukannya. Lagi-lagi kalau yang jenis nak tidur mesti minum secawan teh kopi. Tapi, mesti cuba tau.

Selain, itu netizen ini turut berkongsi cara untuk menambahkan bendalir dalam badan, jadi boleh mengelakkan masalah mulut berbau busuk berlaku.



Mesti tak sangka kan? Air garam yang biasanya diberi kepada pesakit  cirit birit menjadi penawar kepada bau mulut musuk.

Punca ketiga mulut busuk di bulan Ramadan ditujukan khas kepada perokok. Ya! Walaupun mereka mengatakan ia sekadar asap, langsung tidak memudaratkan (alasan perokok menghalalkannya) namun ia juga menjadikan keadaan lebih teruk tau.





Manakala nombor empat pula, anda mesti tak percaya. Rupa-rupanya tidur terganga juga antara punca mulut busuk. Aduh! Disuruh guna hidung pula untuk bernafas. Bagaimana nak buat tu?

Ada juga netizen yang menyatakan tidak boleh hidup tanpa minuman berkafein. Namun, Iblis Ramadhan menyatakan yang apa sahaja minuman 3 dalam 1 memang tidak bagus untuk jangka masa panjang. Jadi, elakkannya kalau boleh ya.




Ramai  memuji netizen ini yang banyak menyebarkan kebaikan tidak seperti namanya yang terlaknat itu. Mungkin pemilik Twitter ini mempunyai alasan tersendiri kenapa nama tersebut dipilih.


Namun, ada juga yang membalas hujah Iblis Ramadhan dengan memberi hujah balas. Apa pun, Hadis Riwayat Bukhari sendiri sudah menggariskan,

“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak misk.”
(HR. Bukhari no. 1894 dan Muslim no. 1151)


Jadi, selamat berpuasa dan sentiasa semak bau mulut sendiri terutamanya jika perlu bercakap dengan sesiapa pun ya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalau yg tido ternganga tu salah dia ke hahahaha lepasni kena tido ikat dagu mcm mayat tu {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:21 PM | Show all posts
Kebersihan mulut yang tak dijaga dan gigi berlubang pun boleh menyebabkan mulut berbau
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:02 PM | Show all posts
masalahnya setiap kali Kah! tu pun i tersebut juga Kah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:04 PM | Show all posts
perlukah Kah kat setiap ayat??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:23 PM | Show all posts
tapi ader forumer dlm ni bukan bulan puasa pun mulut bau longkang gak.....camner
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah! Kah! Kah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 01:46 PM | Show all posts
yg hadis tu pemberitahuan je. Bukan suruh busukkan mulut utk dpt taraf misk di sisi Allah.
ayoyoe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
si_wawa replied at 26-5-2018 01:46 PM
yg hadis tu pemberitahuan je. Bukan suruh busukkan mulut utk dpt taraf misk di sisi Allah.
ayoyoe

Ye lh
Maksud nya klu dh Cuba mcm2 cara nk elak drpd mulut berbau
Tp msh jgk berbau
So..xyh lh risau sgt
Sbb di sisi Allah ada wanginya

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye...aku pun duk bc perkataan kah! Kt hjg setiap  ayat die

Plus..penuh plk dgn iklan spray mulut dlm thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikut saintifik normal lah mulut berbau bila ko tak makan sampai 14 jam. badan xde kalori intake menyebabkan badan bakar lemak lalu terhasil lah gas?? ketone kot, lupa. so ketone ni memang berbau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Batuk, sore throat pun buat mulot busyuk gak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Kebersihan mulut yang tak dijaga dan gigi berlubang pun boleh menyebabkan mulut berbau

yg bab nescafe tu betul. sekarang aku ganti dengan epal.merah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Gosok aja lah gigi tu...kan senang..

Hukumnya makruh, bukan?
Tapi biar makruh daripada hidup menyusahkan orang sekeliling. Menyusahkan orang tu entah-entah lagi besar dosanya dari makruh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 11:30 AM | Show all posts
kahak koh? gigih meols mengkahkan penghujung ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 10:22 AM | Show all posts
what's with the "kah!"?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049630 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list