View: 2454|Reply: 10
|
Mufti WP Perlu Masa Sebelum Hantar 'Surat Cinta' Kepada Faiz Roslan
[Copy link]
|
|
Buat masa ini, laman sosial 'semak' dengan isu Faiz Roslan yang semakin tidak terkawal. Selepas satu, satu kontroversi diciptanya untuk meraih perhatian ramai.
Disangkakan selepas bersemuka dengan Da'i Wan pada program program Motif Viral, akan ada perubahan pada dirinya dan rakan-rakan.
Foto: Youtube
Namun, semakin menjadi-jadi pula perangainya. Bagaikan sia-sia sahaj Da'i Wan 'berbuih mulut' menasihatinya.
Sehubungan itu, orang ramai 'menyeru' nama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memberi nasihat kepada anak muda terbabit dan perkara itu sampai jua ke pengetahuan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Dr Zulkifli dia memerlukan masa untuk meneliti terlebih dahulu isu terbabit sebelum memberi sebarang pandangan.
Banyak pihak yang sudah meluat dan tidak tahan dengan gelagat kurang senonoh Faiz Roslan dan rakan-rakan berharap agar Dr Zulkifli dapat mengambil tindakan segera terhadap kumpulan anak muda itu.
Tolonglah buat sesuatu tuan
"Salam doktor, boleh tak rejam Faiz Roslan?" komen netizen.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, difahamkan penguatkuasaan bagi isu sedemikian adalah di bawah urusan Jabatan Agama Islam, bukan Pejabat Mufti seperti yang selalu disangka ramai.
Dalam masa sama, netizen menganggap ia satu isu serius dan meminta mufti itu memberi surat terbuka seperti pernah dilakukan untuk Neelofa berhubung isu pelancaran koleksi tudung di kelab hiburan Zouk.
"Ini isu serius, mohon bagi surat terbuka macam yang Neelofa dapat dulu," komen netizen.
Foto: Twitter
Marah sangat tu dengan Faiz Roslan sampai nak direjamnya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Isu faiz roslan x puasa tu bagi aku x seserius isu sajat dgn safiey yg terang2 bercinta sesama jantan. Ramai je orang mengaku islam tapi tak puasa, tak solat. Cuma ko antara bodoh dengan tak je la nak bagitau public terang2 macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannye netizen. punyalah banyak masalah umat islam, si fonen ni jugak yg disebokkan. abaikan je tak boleh ke. kalau korang tak tgk takdenyer fonen sunat ni nak berparodi2. even fonen2 forum ni pun menyampah dgn fbnu nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Heols deactivate dah IG heols. I baru nak tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya french fries mekdi laku keras gara2 video kawan faiz x puasa meratah kentang goreng. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalah dia? Nak kena buat research ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ms dia sensorang...ok jer..xdelah over sgt...
bila dah bergang ni mulalah tunjuk besar kepala...
dah pandai make up2...pakai bj pompuan x cover2 dah...
sedeyyyy lah ko nih faiz....
mohon terjun ke lautan dalam dgn luncai2 ko tu...meluatt |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kes heshe ngaku tak puasa tu heshe buat bideo pengakuan atau mcm mne |
|
|
|
|
|
|
|
akak dah tepek link baru..
|
|
|
|
|
|
|
|
myakayina replied at 31-5-2018 01:41 PM
akak dah tepek link baru..
Thank u. Nah munger |
|
|
|
|
|
|
| |
|