|
|
Bukan mudah menghasilkan sesuatu yang dapat memuaskan hati semua orang. Namun, ianya tidak berlaku kepada usahawan dan sekarang digelar penyanyi, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) apabila klip video yang dilancarkan Jumaat lalu mendapat tempat pertama di hati peminat seluruh dunia.
“Saya lancarkan lagu raya dari bilik anak saya, Kacak. Disaksikan oleh 100 ribu peminat saya. Terima kasih sayang. Selalu sokong dan doakan saya,” ujar ibu tunggal berusia 46 tahun itu di akaun Instagram miliknya.
Muzik video Lavida Raya yang dilancarkan sempena menyambut ketibaan Aidilfitri itu bukan sahaja dibintangi Vida, malah menampilkan kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak, rakan baik serta pekerjanya. Video muzik tersebut dirakamkan di kediamnnya yang terletak di Ipoh, Perak.
Klip video itu mendapat sambutan baik daripada neztien yang memberi komen positif dan memuji lagu berkenaan. Menurut mereka, ianya lagu raya paling rancak dan menghiburkan bagi tahun 2018!
Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah warga Indonesia turut memuji lagu yang dihasilkan oleh Cat Farish dan lirik oleh Mohd Hilmi itu.
Biasanya, lagu yang selalu mendapat kritikan dan kecaman itulah yang paling mudah 'melekat' di kepala kita, betul tak? - CARI
|
|