Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menyelar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi rakaman suara yang berdurasi dua minit siang tadi.
sumber : Kwong Wah Jit Poh
Dalam kenyataan media yang berbentuk rakaman suara itu, Datuk Seri Jamal memaklumkan dirinya masih berada di dalam negara, justeru itu tindakan Tan Sri Muhyiddin menjejakinya dengan bantuan polis interpol adalah usaha yang membuang masa.
Tegasnya, apa yang dilakukannya sebelum ini bukanlah perbuatan yang berunsur jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara.
" Saya memecahkan botol bir dengan tukul besar di depan pejabat SUK Selangor untuk membantah tindakan kerajaan negeri membenarkan Festival Minum Bir diadakan, hukumanannya hanyalah denda wang tunai sebanyak RM400 sahaja."
"Manakala tindakannya mengadakan perhimpunan haram, hukumannya juga hanya denda wang tunai sebanyak RM100 sahaja, maka pihak interpol sebenarnya tak perlu ambil perduli permintaan kerajaan dalam usaha menjejakinya."
Tambah Jamal, sebelum ini Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan dia masih berada di dalam negara kerana tidak mempunyai rekod ke luar negara.
" Terpulang mereka nak kata saya berada di mana sekali pun, semua itu tidak penting pun. Bagi saya yang paling mustahak adalah saya tidak melanggar undang-undang negara."- CARI
Udah2 la tu jamalll...tak yah join politic..buat malu Saja...kerja lah cam kitorang2 ni...Pergi Pagi balik petang..tu pun Ada yg balik malam....sampai bila la nak peel gini...
Post time 5-6-2018 06:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Buang masa je la layan si jamal ni...kes apa je si mental ni buat...setakat buat gila seek attention baik tak yah layan....sumbat dalm jel pon perabih boraih pembayar cukai je
Post time 5-6-2018 06:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dia tau x atas kesalahan apa dia tu..asik menjawabbbb ja..p la jawab kat balai tu kalau nk menjawab sgt ! Bodonya bahasa malay senang pun tak paham..benak sbb mkn duit haram byk sgt?
Post time 5-6-2018 07:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iols pelik kenapa beriya sgt nak layan jamal atas kes yg tak seberapa je. siap mintak bantuan interpol utk kes tunjuk senjata api kat khalayak ramai dgn kes pecah botol arak padahal byk lagi kes yg teruk dan penting. kelakar je dgn statement muhyidin yasin. iols bukan karats jamal jamban okey tp sgt kelakar siap nak minta bantuam interpol
Post time 5-6-2018 08:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak payah la main lari dan sembunyi ... kalau berani serah diri kat polis ... buang masa polis je nak cari kau ... banyak lagi kes nak settle ... tak kesian ke ? Dah la bulan puasa , keletihan yang melampau ...