View: 1842|Reply: 6
|
Didakwa Guna MC Palsu, Polis Bantuan Mohon Jaminan Rendah Nak Sambut Raya
[Copy link]
|
|
Seorang polis bantuan menghadap dua pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu, tahun lalu, lapor BERNAMA.
Gambar Hiasan
Tertuduh, Konstabel Mohamad Azrul Hisyam Abd Hazir, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Salamiah Salleh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Dalam kedua-dua pertuduhan itu, Mohamad Azrul didakwa menggunakan sijil cuti sakit palsu bertarikh 24 dan 26 Jun 2017 yang bertujuan untuk menipu di Oasis Damansara, di Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara pada 28 Jun tahun lalu.
Mohamad Azrul dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberikan jaminan rendah atas alasan berpendapatan kecil.
"Saya mohon jaminan terhadap saya dibenarkan kerana saya ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ni la aku rasa salah satu bende yang membazir duit..sampai nak masuk mahkamah... bodoh kan..
kalau die dah guna MC palsu.. kau sebagai employer pecat sudah la... ni nak guna mahkamah buat habis duit rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
nak habiskan peruntukan suku ke dua tahun ni kot mawar maslan...
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya kes ni masuk mahkamah bila okt tanak mengaku tu mc plasu... company takleh simply pecat sebab nanti kang kena saman balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 8-6-2018 12:57 PM
biasanya kes ni masuk mahkamah bila okt tanak mengaku tu mc plasu... company takleh simply pecat s ...
Yesss kalau pecat tanpa bicara nanti boleh repot kt buruh....p mai p mai pusing terbalik sama ja panjang juga cite kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalo cara ni, nama compay terselamat... tidak la orang label company kejam pecat orang membabibuta... |
|
|
|
|
|
|
| |
|