CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5835|Reply: 51

"Kita Tak Akan Kalah, Najib Akan Berdepan Pelbagai Tuduhan,"-Tun M

[Copy link]
Post time 20-6-2018 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan berdepan dengan pelbagai tuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


"(Tuduhan tersebut termasuk) penggelapan, mencuri wang kerajaan, kehilangan wang kerajaan, menggunakan wang kerajaan untuk melakukan sogokan dan beberapa tuduhan lain."


"Dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB.


"Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab," katanya kepada Reuters.


Foto: voaafrique.com


Selain Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut disiasat berkaitan skandal 1MDB.


"Beberapa wang dipercayai disalurkan kepadanya, banyak wang.


"Kami tahu tentang ini tetapi mencari jejak kertas agak sukar dalam kes ini kerana dia tidak menandatangani mana-mana surat. Najib menandatangani banyak surat," katanya.


"Apabila kita pergi ke mahkamah, kita akan mempunyai bukti yang jelas mengenai salah laku itu. Kita tak boleh kalah."


Sebelum ini Sarawak Report melaporkan sebuah syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International menafikan dakwaan semua wang yang diperuntukkan kepada 1MDB telah disalurkan ke syarikat itu.


Bermula dari situ, sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut.


Namun hasil , hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada  3 Ogos 2015 mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah derma yang disumbangkan pihak tertentu yang tidak didedahkan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 10:27 AM | Show all posts
sehabis boleh dia nak sumbat orang yg dia x suka dalam penjara........ x salah yg tuh.. dia korek salah yg lain pulak...

kes dia semua dia tak taw....... pentaksub dia semua macam autorobot... folo je ape dia cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknye tuduhan...rs2 berapa tahun kene jail??rosmah kurang sket kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lepas ni, kau nak jatuhkan bang non, kau cakap jibbon tak bersalah pulak.
Politik penuh ketaihan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:39 AM | Show all posts
True-X replied at 20-6-2018 10:27 AM
sehabis boleh dia nak sumbat orang yg dia x suka dalam penjara........ x salah yg tuh.. dia korek sa ...

kalo kes dia byk sgt, nape Najib tak dakwa Tun masa berkuasa???...takde bukti ke???..dakwa dia laa bukan takat cakap2 kosong jer...buar RCI psl forex pun tak leh dakwa gak ka???
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
asik asik ulang benda yg sama..dok dediam..dah tiba masa tuduh tuduhlah..bosanlah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2018 10:48 AM | Show all posts
buat jekla.. asyik bercerita.. ingat ni zaman sebelum 1998 ke ko asyik bercerita jek.. kemon la che det.. dah 2018.. ko pon dah bersekongkol kembali dengan orang yang kehulu kehilir bersama tilam suatu ketika dulu.. bosanla dengan orang tua nihhh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 11:31 AM | Show all posts
biar mahkamah menentukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 11:48 AM | Show all posts
hidup Tun!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 01:29 PM | Show all posts
kecimpret replied at 20-6-2018 10:39 AM
kalo kes dia byk sgt, nape Najib tak dakwa Tun masa berkuasa???...takde bukti ke???..dakwa dia laa ...

sampai skrg pon dia xde bukti nak dakwa DSN.. tapi sebelum PRU dok kempen kata DSN salah wpon xde bukti.....hahahah boleh pulak penjilat macam ko ni hangguk kan aje,,, tp bab Tun.. kene tunggu kene dakwa pulak ye baru terbukti bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
love u tun
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 01:43 PM | Show all posts
Rakyat hakim negra..........

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 02:12 PM | Show all posts
kemon tun. toksah cite pa pe dah. diam2, then buat kerja. dakwa btol2 tokjib tuh if dia betul salah.
if u keep saying this n that, tp tak nmpk hasilnya, rakyat akan mula hilang percaya.

kemon tun. u can do better than this

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 02:16 PM | Show all posts
pc demi pc... dakwa dak lagi.

kamon... banyak salah laku, takkan 1 pun belum mampu nak bukak kes?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 02:25 PM | Show all posts
sempat plak pak jib ke langkawi aman2x bercuti.. kahkahkah..

moga cepat la kes ni habis..
iols nk tgk kesalahan ape.. putar belit ape plak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 02:25 PM | Show all posts
itu la yg dimaksudkan dgn menteri   tak boleh exposed skandal.sbb itu diluar bidang kuasa.ko sembang gegar mcm maner pun..ko tak boleh dakwa kes tu kat mahkamah.guna saluran betul.diorg paham yg achik bawang ni mudah melompat dgn persepsi dan senang sgt menjual persepsi dari actual fact.nampak sgt kerajaan mendahului ag dan badan kehakiman.kepala bana apa rule of law nya kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama atok nyanyok.

Style 80an 90an....macam siput slow nk mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 02:37 PM | Show all posts
dengarnya peguam najib turut akan membongkar setiap skandal yg berlaku zaman tun...betul ker ni...maksudnya akan jd camni...bila peguam negara tanya pasal 1mdb...peguam najib akan tanya pasal bbmb... camtu ka..dah jadi lawak ni...akhirnya   2 2 masuk penjara...ha..ha...ha,..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 02:54 PM | Show all posts
Ramai betul macai dekat sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa kalau makhamah kita termasok AG tu betol2 telus ..  dah lama mader ni ke dalam . dgn pompuan tua tu zety aziz macai mader dah terang2 kata dia penyebab negara hilang berbiliion ringggit dalam forex . tapi biasa la ..  sistem kehakiman boleh di beli .  

atok dah tua ..  atok tak ingat apa2 .
hahaha ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052902 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list