Suaranya unik dan tersendiri, serak basah, 'husky voice' dan pandai pula 'rapping'. Setelah lagu 'Boleh Jalan' dan 'Nak ke tak nak', Zizi Kirana menerima komen yang pelbagai. Ada yang memuji suaranya yang lain dari lain dan ada juga yang mengecam kerana dianggap tidak kena. Lebih-lebih lagi dengan imej seksinya yang agak 'over'.
Namun, ia tidak mematahkan semangat Zizi untuk terus tampil dengan 'cover' lagu. Terbaru, bukan 'cover dance' tetapi 'cover' lagu 'Lagi Syantik' dendangan Siti Badariah. Menariknya suaranya yang lembut dan merdu agak berbeza dengan lagu sebelumnya.
Ramai yang memuji suara Zizi yang sedap didengar. Komen diambil dari Youtube dan Instagram.
Namun, seperti biasa bukan Zizi Kirana namanya jika tidak mendapat kecaman kerana penampilannya yang seksi.
Ada pula yang mengkritik persembahan Zizi yang tidak konsisten.
Namun, dijawab oleh netizen lain yang menyokong Zizi.
Foto Carian internet
Mungkin kerana penampilannya yang 'over' menyebabkan bakat Zizi tidak begitu nampak di mata peminat industri hiburan tanah air. Mungkin juga Zizi mempunyai alasan sendiri untuk soalan tersebut. - CARI
Post time 20-6-2018 10:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Die ni xda luck kot.. Sesepisis tasha silla. . Mcm2 kontroversi she olls buat but still sendu.. Lagu she olls xleh blah n xdo maksud pun esp nak ke xnk tu.. Yih benaww