CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 1

Beku Akaun: UMNO Dibuli PH - Pemuda UMNO

[Copy link]
Post time 29-6-2018 10:36 AM | Show all posts |Read mode
“Apakah ini sebahagian daripada model ‘Malaysia Baharu’ yang dicanangkan,

namun pada masa sama sewenangnya membuli parti lawan yang tidak sehaluan."



Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung pembekuan akaun parti itu, lapor Sinar Harian.


Menurut Asyraf Wajdi, langkah itu merupakan suatu tindakan melampau daripada Kerajaan Pakatan Harapan.




Foto: NSTP




Tambahnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal memberikan justifikasi jelas, telus dan terbuka berhubung punca sebenar akaun parti terbabit dibekukan.


Asyraf Wajdi yang tidak setuju dengan tindakan itu berkata, dalam operasi terdahulu, lazimnya SPRM akan menjelaskan bahawa risikan dan intipan telah dilakukan beberapa bulan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat.

“Sebaliknya ahli UMNO tidak pernah maklum bahawa berlakunya sebarang proses siasatan yang melibatkan perlanggaran undang-undang dalam aktiviti akaun rasmi parti.

“Dalam konteks ini Pemuda UMNO menuntut prinsip undang-undang presumption of innocence dihormati semua pihak termasuk SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya lagi, ketika Barisan Nasional memerintah, tidak pernah sekalipun mereka membekukan akaun parti lawan dengan sesuka hati walaupun pemimpin mereka berdepan atau disabitkan dengan tuduhan di mahkamah.


“Pembekuan tersebut bukan sahaja menganiayai pekerja-pekerja parti yang akan menerima kesan terhadap pembayaran gaji bulanan, malah boleh merencatkan operasi parti yang bergerak secara sah dalam negara mengamalkan sistem demokrasi bebas.

“Dengan ini Pemuda UMNO memohon SPRM memberikan pertimbangan khas untuk perbelanjaan operasi harian seperti pembayaran gaji petugas Umno dan lain-lain aktiviti yang bersifat ‘ordinary course of business’ dibenarkan melalui akaun-akaun yang dibekukan ini,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 2 minggu nak GE... Parti bersatu tidak disahkan penubuhannya oleh ROS ...itu kategori apa pulak??..cubit2 manja ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-8-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051454 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list