View: 1409|Reply: 11
|
[Dunia]
Isteri potong "mamat" suami sebab curang
[Copy link]
|
|
Edited by izamdgreat at 3-7-2018 10:40 PM
Gara-gara menjalin hubungan bersama wanita lain, seorang lelaki terpaksa menangung kesakitan apabila kemaluannya dikerat oleh si isteri sebelum dibuang dari luar tingkap dalam satu kejadian yang berlaku di Thailand.
Karuna Sanusan, 24, berasal dari Kemboja memberitahu polis dia mengejutkan suaminya, Siripan, 40, daripada tidur lalu mengerat kemaluan lelaki berkenaan menggunakan pisau.
Sanusan lalu mencampak keluar kemaluan suaminya daripada tingkap bilik tidur kediaman mereka di Sriracha, Bangkok.
Pihak polis kemudiannya tiba bersama pasukan paramedik pada pukul 6.20 pagi setelah menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang terdengar jeritan mangsa.
Mereka kemudiannya mengambil kemaluan itu dan meletakkannya dalam kotak ais dalam cubaan menyambungkannya semula.
Siripan segera dibawa ke Hospital Samitivej Sriracha namun menurut sumber paramedik, mangsa kehilangan banyak darah dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal.
Manakala itu, Sanusan yang berasal dari Cambodia dilihat kelihatan tenang semasa ditembual oleh pihak polis.
Dia memberitahu pihak polis dia mengambil tindakan itu kerana selalu melihat suaminya 'menggatal' dengan ramai perempuan dan berlaku curang dengan hubungan mereka.
Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Sriracha Kolonel Somkid Boonlert berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, si isteri mengaku mengerat kemaluan suaminya untuk membalas dendam atas kecurangan lelaki berkenaan.
"Lelaki itu telah kehilangan banyak darah dan berada dalam pemerhatian doktor. Menurut doktor, Siripan tidak boleh lagi menggunakan kemaluannya seperti sebelum ini kerana sel pada kawasan itu telah mati.
"Polis telah menahan Sanusan untuk tindakan lanjut dan tidak dibenarkan menemui suaminya," ujar Boonlert. - Informasisantaiku
|
|
|
|
|
|
|
|
Mampoih xboleh pakai balik daahhhh~ |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Aliff Aziz lebih menghargai kemaluannya selagi masih ada |
|
|
|
|
|
|
|
Ganasnya wanita kemboja... |
|
|
|
|
|
|
|
Baca berita pun ngilu...apatah lg kalau betul2 kena kerat... |
|
|
|
|
|
|
|
Akibat curang, cacat seumur hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam sangat perempuan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ggulllppp |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg berani bini dia.. Siap kejut si suami sebelum potong his cock hahah |
|
|
|
|
|
|
|
jadi pondan la laki ko.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam trend sorang buat yg lain mengikut bolehlah apply kerja jadi sida2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|