Zarina Anjoulie memang lantang orangnya. Apa sahaja yang dirasakan tidak kena akan disuarakan menerusi di laman Instagramnya. Terbaru, Zarina mengkritik erti jihad yang sentiasa dilaung-laungkan oleh seorang artis rap, lengkap dengan 'tagline' artis tersebut iaitu Bang Bang!.
Bagi Zarina, Caprice yang dimaksudkan sebenarnya adalah pakcik bawang yang sebenarnya kerana tiada apa jihad pun yang dilaungkan selain daripada tahu mengkritik orang sahaja.
Ternyata post tersebut mendapat respon yang sama daripada netizen. Mereka merasakan Caprice berlagak suci sahaja sedangkan diri sendiri pun tidaklah sesempurna mana.
Malahan, Caprice yang diangkat sebagai artis yang memperjuangkan kempen anti-buli adalah pembuli siber yang sebenarnya.
Bagi segelintir netizen yang menyampah, mereka memuji kelantangan Zarina atau Anju yang berani mengkritik Caprice.
Ada juga yang bercerita mengenai sikap Caprice yang memilih 'bulu' jika mahu berurusan.
Jihad yang dilaung-laungkan itu juga tidak mencerminkan dirinya yang sebenar. Ini kerana Caprice sendiri yang berbahasa kesat ketika mengkritik isu Haqiem Rusli menjadikan netizen tertanya-tanya apakah jihad yang sebenarnya?
Jadi, kita nantikan pula jawapan balas daripada Caprice pula. Bang bang! - CARI
|