|
Banyak kafe unik dan menyeronokkan dibuka di Korea Selatan sejak beberapa tahun yang lalu. Ada yang berkonsepkan kafe haiwan dan juga kesenian.
Foto: bnbhero.com
Terbaru, Kafe Zapangi sebuah kafe dengan konsep menarik, dibina tersembunyi di sebalik mesin vending berwarna merah jambu.
Ia sungguh popular di Instagram dan juga Snapchat.
Pelbagai menu ditawarkan di cafe ini. Penggemar kopi, anda akan menemui minuman kopi tipikal anda.
Foto: bnbhero.com
Terdapat juga pelbagai jenis donat dan kek dengan persembahan yang sungguh menarik. Jika anda meminati unicorn, anda boleh cuba Mermaid Tiramisu dan minuman Rainbow Sherbet.
Harga di Zapangi tidak terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan kafe-kafe lain di Seoul. Kebanyakan menu itu berharga di bawah 10,000KRW, iaitu kira-kira $ 9 USD.
foto:bnbhero.com
ZAPANGI
Address: 79 World Cup-ro 13-gil, Mapo-gu, Seoul
Jika anda berkesempatan melawat Seoul, jangan lupa singgah kafe ini ya! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|