CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4987|Reply: 20

Sukar Tidur? Ramai Tak Tahu, Tanaman Ini Ada Magis Buat Anda Lena

[Copy link]
Post time 24-7-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode




Suatu kajian daripada  NASA mengenai Udara Bersih pada 1989 telah mendapati beberapa jenis tanaman yang mampu membersihkan udara di dalam ruangan khususnya kawasan bandar besar. Tanaman ini telah diuji mampu menyingkirkan toksik yang terdapat dalam kediaman dan banguan.


Bagi sesiapa yang ada mengalami insomnia dan sukar tidur boleh hiaskan bilik tidur dengan tanaman ini.


1. Spathiphyllum atau Peace Lily antara tanaman terbaik yang dapat menyingkirkan toksin utama di dalam rumah. Ia juga menyingkirkan spora yang boleh menyebabkan alahan.  


Foto: MSN




2.Sanseviera atau Lidah Mertua menghasilkan lebih oksigen pad waktu malam, memberikan pengudaraan yang menyegarkan.


Foto: MSN




3. Tanaman ini seringkali dijadikan tumbuhan memanjat dinding atau tanaman gantung, English Ivy bukan sahaja cantik dilihat ia bertindak membersihkan udara juga.


Foto: MSN




4.Haruman semulajadi tanaman Jasmin adalah lebih baik daripada semburan aroma Jasmin yang dicampur bahan kimia. Wangian dari bunganya mampu memberikan ketenangan dan memperbaiki mood anda.


Foto: Pinterest




5.Jangan makan gel pada daun Lidah Buaya. Ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar kulit. Selain mampu merawat luka, ia juga menghasilkan oksidgen yang lebih pada waktu malam, membuatkan tidur anda lebih lena dengan udara segar.




Foto: MSN




6.Spider plant tanaman paling mudah dijaga, mempunyai kemandirian yang tinggi, mampu menyingkirkan toksik di udara. Ia sangat dianjurkan!


Foto: MSN




7.Perimeter daun yang kemerah-merahan pada Draceana bertindakbalas membersihkan empat jenis toksin utama di udara, tumbuh tinggi dan sediki tajam daunnya,  sesuai diletakkan di penjuru bilik.


Foto: MSN




8.Bentuk struktur yang menarik, kehadiran Dwarf Date Palm pasti menjadi fokus utama. Bukan sahaja memberikan kelainan pada rekabentuk dalaman, daunnya bertindak  menyingkirkan toksin berbahaya.


Foto: MSN




9.Tanaman yang dapat mengekalkan kelembapan udara di dalam bilik, Areca Palm.  Ia membantu masalah pernafasan selain menyingkirkan toksik.


Foto: MSN




10.Daun yang lebar dan kehijauan, Philondendron mampu membersihkan udara dan merubah bilik anda tampak menarik ala tropika.


Foto: Pinterest



Ada lagi yang penulis tertinggal? Pembaca yang ingin menambah senarai tanaman bermanfaat di ruangan tidur boleh berikan komen di bawah. Semoga bermanfaat ya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 12:55 PM | Show all posts
wow baru tau ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 02:08 PM | Show all posts
Tips menarik
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 02:23 PM | Show all posts
Iols letak pokok2 kecik dalam umah, cepat betol kuning and mati. Siram 2 kali sehari, baja letak jugok. Mebi sebab panas la kot. Kesian pokok2 nie.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 03:21 PM | Show all posts
gadis_tulip replied at 24-7-2018 02:23 PM
Iols letak pokok2 kecik dalam umah, cepat betol kuning and mati. Siram 2 kali sehari, baja letak jug ...

tak semua pokok boleh hidup tanpa cahaya matahari, kena tanya org yg pakar psl pokok..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 03:46 PM | Show all posts
zulka replied at 24-7-2018 03:21 PM
tak semua pokok boleh hidup tanpa cahaya matahari, kena tanya org yg pakar psl pokok..

tue la. kkdg i buka lampu bia die dpt cahaya lampu. Tapi rasanye boleh kot kan buat fotosentesis. ke perlu cahaya matahari?

i kata kat laki i. kalo this time pokok2 indoor i semua mati, mmg mesti letak pokok plastik je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2018 04:01 PM | Show all posts
alorvera tu kalau kat opis iols chinese suka buat sup,tapi guna alorvera yang besar

so yummy
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:51 PM | Show all posts
gadis_tulip replied at 24-7-2018 03:46 PM
tue la. kkdg i buka lampu bia die dpt cahaya lampu. Tapi rasanye boleh kot kan buat fotosentesis.  ...

boleh guna lampu, tapi berapa lama boleh bertahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu pokok hidup pun xde dalam rumah meols.. alhamdulillah tdo jgk mlm ke siang. {:full
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
gadis_tulip replied at 24-7-2018 03:46 PM
tue la. kkdg i buka lampu bia die dpt cahaya lampu. Tapi rasanye boleh kot kan buat fotosentesis.  ...

dh try ltk kena udara luar tak?

sy prnah ltk pokok peace lily dan palm kt dlm blik, mmg x mahu, 3,4 hr layu, tp keluarkan ltk kt balcony trus segar bugar, xpayah berbaja pun hidup je, matahri x de direct, tempat teduh..

pernah nk jaga pkok ros jepun, bunganya sgt memikat hati, tp dia x mahu tempat teduh, kena tempat yg direct matahari..

pkok palm,lidah buaya,peace lily so far sy bela, lasak, 2mgu x siram paling paling dia layu, lps siram segar balik..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 08:49 PM | Show all posts
pokok dalam rumah = tak dapat cahaya = siksa pokok
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
X bernyamuk ke bilik letak pokok besar2 gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:08 AM | Show all posts
b_n_c replied at 24-7-2018 08:28 PM
dh try ltk kena udara luar tak?

sy prnah ltk pokok peace lily dan palm kt dlm blik, mmg x mahu, ...

Most of the time, i mmg letak dalam umah. Tapi kkdg buka tingkap sikit utk dapat udara luar and matahari. Tue pon buat masa balik keje. kalo takde kat umah, mmg kat dalam je la kot.

Anyway, thanks for sharing experience. I nie orang lain nak ade pokok indorr, i pon try test jugok. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:39 AM | Show all posts
Lidah mertua tu hujung daunnya agak tajam. Risau tercucuk mata je kalau letak dekat dengan katil.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:30 AM | Show all posts
camne nak bagi pokok tak mati dalam rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2018 12:21 PM | Show all posts
iols suka la letak pokok2 kat opis je
nnt nak try la letak kat bilik plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya tangga pic 7 tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya, pokok bunga kt luar pun asyik mati, ni kan nak letak dlm bilik. 1 lagi fox ni penggeli, sat gi cacing or creepy crawlies from the soil dlm pasu tu klr, dlm bilik tdo lak tu, uihhh... tak sanggup... Imejin je pun dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 09:50 AM | Show all posts
thanks for this infotainment!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046958 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list