Tiba-tiba Aznil Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil memuat naik status marah, siap dengan kata-kata mencarut lagi.
Bagi yang tidak mengetahui, pasti tertanya siapakah gerangan lelaki yang dimaki oleh Pak Nil hingga sanggup menyuruh lelaki tersebut membuang anunya. Kejam sangat bunyinya.
Kredit foto: Ig Aznil
Namun, apabila melihat tanda pagar #ShahJantanLembik, maka terjawablah segala pertanyaan tersebut iaitu Pak Nil sebenarnya marahkan watak Shah dan Husna dalam drama bersiri Jangan Benci CIntaku.
Ia membuatkan ramai peminat drama ini tidak menyangka yang Pak Nil turut melayan drama ini.
Kredit foto: Carian Internet
Kredit foto: Carian Internet
Memang geram kata mereka...
Kredit foto: IG Aznil
Sampai ada yang nak hempaskan televisyen ya?
Lebih menarik, Pak Nil buat dialog sendiri. Anda kena tengok video ini.
Ternyata selepas Nur, Jangan Benci Cintaku berjaya mengikat penonton dengan pelbagai emosi. Sementara menunggu kesudahan cerita ini, semoga tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. - CARI
|