View: 1546|Reply: 1
|
Untunglah! Menang Gold Bar Dengan Wefie Jus Hidayah Gold
[Copy link]
|
|
Hanya dengan menjadi pengguna produk Jus Hidayah Gold keluaran Serai Mas, lima individu bertuah telah memenangi kepingan emas bernilai hampir RM10,000.
Mereka memenanginya dalam Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold yang berlangsung bermula 17 Mei hingga 1 Julai 2018.
Memenangi 20gm kepingan emas iaitu Hanifah Hassan nyata menepati konsep gambar yang paling cantik hingga menarik perhatian juri. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Murni Azmi dengan 10gm kepingan emas. Manakala tempat ketiga hingga kelima pula memenangi satu dinar emas.
Ternyata pihak penganjur mengalami kesukaran untuk mengadili pemenang kerana gambar-gambar yang dihantar menarik belaka.
Hadiah disampaikan oleh pengasas Seraimas, Sunita Bibi Ali Akhbar dalam suasana meriah Rumah Terbuka Raya Seraimas yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.
Turut menyerikan majlis ialah kehadiran Duta Jus Hidayah Gold, Imam Muda Asyraf. |
|
|
|
|
|
|
| |
|