|
Tidak tahu apa puncanya, tiba-tiba pelakon jelita, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin,33 menerima cacian melalui 'personal message' daripada seorang individu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi paparan skrin ('screenshot') yang dikongsi oleh oleh Zara Zya tersebut, individu itu dilihat mengutuk Zara Zya sebagai seorang yang perasan bagus.
"Ko rasa ko tu artis bagus sangat ke. Tolong cermin diri tu dulu..."
Foto: Instagram Zara Zya
Perkongsian Zara Zya tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut aktres berusia 33 tahun itu yang rata-rata turut geram dengan individu terbabit.
Malah, teman lelaki Zara Zya, Hafreez yang juga merupakan pelakon turut membalas kata-kata individu terbabit dan berharap agar dia akan menemui kebahagiaan sendiri.
Foto: Instagram Zara Zya
Alahai, tak tahu apa masalah individu terbabit tiba-tiba menyerang Zara. Bahasa yang digunakan pun agak biadap. Agaknya cemburu kot sebab Zara Zya dapat teman lelaki yang kacak dan popular. Atau mungkin cintanya pernah ditolak oleh Hafreez? Hanya tuan punya badan yang tahu. Betul tak? -CARI |
|