Jika kita tidak berada di tempat mereka pasti kita tidak akan faham dengan perwatakan lembut yang dimiliki oleh seseorang yang berjantina lelaki.
Masyarakat sering mengeji golongan lelaki lembut dengan pelbagai kata hinaan sehingga mereka mempertahankan diri dengan lebih agresif.
Foto: IG Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah diaju soalan oleh seorang netizen tentang isu lelaki lembut yang menonjol sejak kebelakangan ini.
Dia memuat naik soalan tersebut melalui Instagram Story dan begitu ringkas sekali jawapannya yang pasti membuat netizen tersebut berfikir.
Foto: IG Story Sharifah Sakinah
Kita seharusnya memberi sokongan kepada golongan ini dan bukanlah memandang mereka dengan sisi negatif hingga membuatkan golongan ini memberontak.
Tidak perlu diseksa emosi mereka malah pelbagai cara boleh diusahakan untuk membentuk jati diri sehingga benar-benar berubah.
Betul apa Sakinah katakan! Kita yang menghina ini patutnya berubah dan bantu golongan ini menjadi lebih baik. - CARI
|