Masih teringat lagi bagaimana lakonan pelakon cilik Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih mesra dengan panggilan Mia menjadi satu fenomena kerana wajah dan keletahnya yang comel semasa berlakon di samping Lisa Surihani dalam drama Adamaya.
Drama pertama lakonannya itu berjaya melonjak naik nama Mia Sara sehinggakan dia pernah mendapat jolokan pelakon kanak-kanak paling comel.
Masa berlalu begitu pantas, pelakon ini kini sudah pun menginjak ke usia 13 tahun dan semakin jelita. Walaupun sudah tidak aktif dalam lakonan, tetapi Mia seringkali mendapat jemputan untuk mengacarakan majlis yang melibatkan kanak-kanak dan kini sibuk dengan perniagaan miliknya.
Mia juga agak aktif di media sosial dan kerap memuat naik perkembangan terkini dirinya terutama sekali di Instagram.
Foto: Instagram Mia Sara
Terbaru, peminat Mia mendapat berita yang mengejutkan apabila dia dimasukkan ke hospital. Mia yang memuat naik foto dirinya yang sedang berbaring di katil hospital meminta jasa baik semua untuk mendoakan agar dia cepat sembuh.
Dia yang kini berada di Thomson Hospital di Kota Damansara bagaimanapun tidak memberitahu sakit yang dialaminya.
Pun begitu, melalui akaun Instagram kelab peminat Mia, Mianators, dia dipercayai mengalami masalah yang berkaitan dengan ginjal (kidney) tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Lisa Surihani yang sememangnya diketahui umum sangat akrab dengan Mia turut terkejut menerima perkhabaran tersebut.
Foto : Instagram Mia Sara
Foto: Carian Google
Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya tentang sakit yang dialaminya dan mendoakan semoga dia cepat sembuh..
Foto : Instagram Mia Sara
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dibuat daripada pihak Mia. Sama-samalah kita doakan semoga Mia cepat sembuh daripada penyakit yang dialaminya. -CARI |