Edited by EJALTI at 7-8-2018 06:48 AM
Najib dipanggil SPRM lagi
http://www.mstar.com.my/berita/b ... 8/08/07/najib-sprm/
Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2018 2:04 PM
Gambar fail Najib Tun Razak. Foto Reuters
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat.
Sumber SPRM mengesahkan bahawa mereka meminta Najib untuk hadir ke pejabat mereka di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Selasa.
Bagaimanapun, mereka enggan mengulas ketika ditanya mengapa bekas perdana menteri itu dipanggil sekali lagi.
Tidak dipastikan sama ada beliau diminta hadir ke pejabat SPRM untuk disoal siasat berhubung siasatan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau kes SRC International.
Terdahulu pada Selasa, beberapa gambar kenderaan Najib meninggalkan kediamannya di Langgak Duta tular, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan wang dari 1MDB.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.
Pertuduhan berkenaan membabitkan wang berjumlah RM42 juta yang didakwa dari SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi Najib. |